Cerita Ciki Si Anak Ayam
- Regular price
- RM 20.00
- Sale price
- RM 20.00
- Regular price
-
RM 25.00
Share
Si Bapa Ayam dan Si Ibu Ayam mempunyai empat ekor anak, Cumi, Ciki, Cuki dan Cici. Ibu Ayam mengajar anak-anaknya mencari makanan. Bapa Ayam pula menjaga dan melindungi keluarganya dari bahaya.
Pada suatu hari, Ciki ternampak kupu-kupu yang sungguh cantik lalu Ciki pun mengejar kupu-kupu tersebut.
Ciki terlupa akan nasihat ibunya . Sang Musang ternampak Ciki dan ingin makan Ciki.
Nasib baik, Bapa Ayam sudah bersedia dan berjaya menghalau Sang Musang.
Selamatlah Ciki.
Tentang Penulis dan Pelukis:
Zaharuddin bin Sarbini dilahirkan pada tahun 1966. Beliau berasal dari Sekinchan, Selangor.
Selepas tamat pendidikan sekolah menengah, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang kejuruteraan kaji terbang / aeronautical. Walau bagaimanapun, beliau berminat melukis sejak kecil dan kini merupakan penulis dan pelukis sepenuh masa. Sebagai pelukis, Zaharuddin telah mengambil bahagian dalam beberapa buah pameran di dalam dan luar negara. Beliau juga telah memenangi anugerah dari Geleri Shah Alam dan Balai Seni Visual Negara.