Cart 0

Tadu Sang Penyamar

RM 24.00

Tadu adalah seekor mentadak.


Apabila Tadu berehat di atas sepohon dahan, badannya yang hijau memberi Tadu penyamaran yang baik. Tanpa menyedari Tadu ada berdekatan, serangga dan haiwan lain pun datang ke dahan yang sama lalu bercerita. Apakah yang didengari oleh Tadu?

Sarah Azam berasal dari Kelantan, pernah menjadi petugas sebagai audiologis di syarikat swasta di Ipoh, Perak. Sarah yang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak ini mula meminati buku cerita kanak-kanak dan mula berjinak-jinak dalam penulisan. Artikel Sarah tentang kanak-kanak pernah disiarkan dalam Majalah Solusi pada tahun 2016. Buku bergambar kanak-kanak ‘Tadu Sang Penyamar’ ialah buku tulisan Sarah yang pertama diterbitkan.

Elly Nor Suria MD. Zainudin ialah pelukis yang berasal dari Terengganu. Hasil karya catannya berunsur kontemporari naive dan telah dipamerkan di beberapa galeri tempatan. Elly telah menghasil buku bergambar kanak-kanak, ‘Bangau Oh Bangau’ dan juga buku mewarna, ‘Kampung’. Elly juga telah mengilustrasikan beberapa buku bergambar kanak-kanak.