Up to 30% OFF for SUPER SAVER items. Shop Now!
Cart 0

Set Buku Diari Solat Khayra

RM 35.00 RM 39.00
Set Buku Diari Solat Khayra Ratings: 0 - 0 votes

Bismillah 


Nak tahu tak?

Kami dahulu, selalu rasa susaaaah sangat nak suruh anak solat.

Waktu solat menjadi stress untuk anak.

Dan kami juga.


Habis daya mengajak anak solat. 

Bagai bertarik tali.


Rupanya, bila kita ambil masa untuk mendengar, banyak sebenarnya yang mereka belum faham.


Mama, kenapa perlu solat?

Kakak selalu rasa penat bila kena solat. 


Mama, kenapa solat penting sangat?

Sampai kalau kita pergi jalan ke, sakit ke, penat ke, solat tetap wajib.


Mama, kenapa kalau kita dah mandi bersih, tetap perlu wuduk lagi untuk solat?

Kan dah bersih badan kita. 


Begitu bertubi-tubi soalan anak-anak kita tentang solat. 


Banyak sebenarnya yang bermain di minda mereka. 

Dan ia perlu disantuni, agar benar terbentuk cinta mereka kepada solat. 


Moga dengan kefahaman yang benar mereka akan terus menjadikan solat sebagai "nadi" kehidupan mereka. 


Sehingga hujung nyawa!


Naskah ini menukilkan perspektif Khayra dan refleksinya tentang solat. Ia adalah catatan semula perbualan dan perbincangan Khayra bersama mama babanya dalam cabaran 21 hari mencintai solat yang perlu dilalui Khayra semasa mencapai usia 7 tahun.


Hadiahkan buku ini untuk anak-anak kita.


Anda akan menerima;

  1. Diari Solat Khayra
  2. Weekly Solat Tracker (up to 6 month tracking)
  3. Set Sticker yang cantik (untuk journaling) 
Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings