Up to 30% OFF for SUPER SAVER items. Shop Now!
Cart 0

PROJEK CELIK HURUF SM02: Set Pantas Membaca + Sebuah Buku Daripada Siri Saya Boleh Baca

RM 59.90
PROJEK CELIK HURUF SM02: Set Pantas Membaca + Sebuah Buku Daripada Siri Saya Boleh Baca Ratings: 0 - 0 votes

Projek Celik Huruf 1.0 dilancarkan bagi menyokong Rumah Baca Orang Asli yang bertanggungjawab mengetuai pembinaan rumah-rumah baca di pedalaman, dalam usaha untuk memberi peluang kepada kanak-kanak orang asli menguasai kemahiran 3M - membaca, menulis dan mengira.

Sekolah sudah tersedia, seterusnya buku perlu ada. Walaupun sudah mendapat pelbagai jenis buku hasil pemberian dermawan Malaysia, ada satu cabaran yang mereka hadapi:

  1. Kanak-kanak orang asli belum menguasai kebolehan membaca dengan baik untuk membaca buku-buku yang didermakan.
  2. Buku-buku yang diterima adalah berbeza di antara satu penderma ke penderma yang lain. 

Seperti kanak-kanak lain, penguasaan literasi Bahasa Malaysia kanak-kanak orang asli perlulah dilakukan secara berperingkat. Usaha ini tidak dapat dilakukan sekiranya sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan buku dan bahan yang tidak selaras, atau buku/bahan itu sendiri tidak cukup.

Maka, fasa 1 Projek Celik Huruf tertumpu kepada penyediaan set buku bacaan bertahap untuk setiap kanak-kanak, buku cerita untuk pembacaan sendiri atau pembacaan kuat, dan alat bantu mengajar.

SM02 adalah salah satu set dalam pakej 'Satu Anak Satu Set Membaca' bagi memberi peluang kepada SEORANG kanak-kanak orang asli memiliki

1. 1 (satu) x set buku bacaan bertahap, dan 

2. Sebuah buku cerita daripada siri Saya Boleh Baca. Pemilihan tajuk akan dibuat berdasarkan keperluan, oleh pihak kami.

Tajaan anda amat bermakna untuk memberi peluang kepada sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak orang asli menjadi celik huruf, seterusnya menerima pendidikan berkualiti sepertimana kanak-kanak lain di Malaysia.

Anda juga dijemput untuk memberi tajaan bagi penguasaan pembacaan sekumpulan/sekelas kanak-kanak orang asli, di bawah pakej 'Bacaan Berkumpulan'. Klik link di bawah untuk lihat semua pakej tajaan:

Projek Celik Huruf

100% keuntungan daripada hasil jualan akan digunakan untuk memberi keperluan bahan pengajaran dan pembelajaran rumah baca atau keperluan hidup masyarakat orang asli.

Klik SINI untuk tonton video bagaimana hendak menaja sekurang-kurangnya seorang orang asli untuk celik huruf.


Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings