PROJEK CELIK HURUF PM01 - Siri Buku Pantas Membaca
Projek Celik Huruf 1.0 dilancarkan bagi menyokong Rumah Baca Orang Asli yang bertanggungjawab mengetuai pembinaan rumah-rumah baca di pedalaman, dalam usaha untuk memberi peluang kepada kanak-kanak orang asli menguasai kemahiran 3M - membaca, menulis dan mengira.
Sekolah sudah tersedia, seterusnya buku perlu ada. Walaupun sudah mendapat pelbagai jenis buku hasil pemberian dermawan Malaysia, ada satu cabaran yang mereka hadapi:
- Kanak-kanak orang asli belum menguasai kebolehan membaca dengan baik untuk membaca buku-buku yang didermakan.
- Buku-buku yang diterima adalah berbeza di antara satu penderma ke penderma yang lain.
Seperti kanak-kanak lain, penguasaan literasi Bahasa Malaysia kanak-kanak orang asli perlulah dilakukan secara berperingkat. Usaha ini tidak dapat dilakukan sekiranya sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan buku dan bahan yang tidak selaras, atau buku/bahan itu sendiri tidak cukup.
Maka, fasa 1 Projek Celik Huruf tertumpu kepada penyediaan set buku bacaan bertahap untuk setiap kanak-kanak, buku cerita untuk pembacaan sendiri atau pembacaan kuat, dan alat bantu mengajar.
PM01 adalah salah satu set dalam pakej 'Satu Anak Satu Set Membaca' bagi memberi peluang kepada SEORANG kanak-kanak orang asli memiliki:
1. 1 (satu) x set buku bacaan bertahap
Tajaan anda amat bermakna untuk memberi peluang kepada sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak orang asli menjadi celik huruf, seterusnya menerima pendidikan berkualiti sepertimana kanak-kanak lain di Malaysia.
Anda juga dijemput untuk memberi tajaan bagi penguasaan pembacaan sekumpulan/sekelas kanak-kanak orang asli, di bawah pakej 'Bacaan Berkumpulan'. Klik link di bawah untuk lihat semua pakej tajaan:
100% keuntungan daripada hasil jualan akan digunakan untuk memberi keperluan bahan pengajaran dan pembelajaran rumah baca atau keperluan hidup masyarakat orang asli.
Klik SINI untuk tonton video bagaimana hendak menaja sekurang-kurangnya seorang orang asli untuk celik huruf.