Up to 30% OFF for SUPER SAVER items. Shop Now!
Cart 0

PROJEK CELIK HURUF BM01 - Arabic Writing Board Book - Wipe Clean

RM 20.00
PROJEK CELIK HURUF BM01 - Arabic Writing Board Book - Wipe Clean Ratings: 0 - 0 votes

Projek Celik Huruf 1.0 dilancarkan bagi menyokong Rumah Baca Orang Asli yang bertanggungjawab mengetuai pembinaan rumah-rumah baca di pedalaman, dalam usaha untuk memberi peluang kepada kanak-kanak orang asli menguasai kemahiran 3M - membaca, menulis dan mengira.

Sekolah sudah tersedia, seterusnya buku perlu ada. Walaupun sudah mendapat pelbagai jenis buku hasil pemberian dermawan Malaysia, ada satu cabaran yang mereka hadapi:

  1. Kanak-kanak orang asli belum menguasai kebolehan membaca dengan baik untuk membaca buku-buku yang didermakan.
  2. Buku-buku yang diterima adalah berbeza di antara satu penderma ke penderma yang lain. 

Seperti kanak-kanak lain, penguasaan literasi kanak-kanak orang asli perlulah dilakukan secara berperingkat. Usaha ini tidak dapat dilakukan sekiranya sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan buku dan bahan yang tidak selaras, atau buku/bahan itu sendiri tidak cukup.

Maka, fasa 1 Projek Celik Huruf tertumpu kepada penyediaan set buku bacaan bertahap untuk setiap kanak-kanak, buku cerita untuk pembacaan sendiri atau pembacaan kuat, dan alat bantu mengajar.

BM01 adalah salah satu pakej 'Satu Anak Satu Buku Menulis' bagi memberi peluang kepada SEORANG kanak-kanak orang asli memiliki

1. 1 (satu) x buku kemahiran menulis

Tajaan anda amat bermakna untuk memberi peluang kepada sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak orang asli menjadi celik huruf, seterusnya menerima pendidikan berkualiti sepertimana kanak-kanak lain di Malaysia.

Anda juga dijemput untuk memberi tajaan bagi penguasaan pembacaan sekumpulan/sekelas kanak-kanak orang asli, di bawah pakej 'Bacaan Berkumpulan'. Klik link di bawah untuk lihat semua pakej tajaan:

Projek Celik Huruf

100% keuntungan daripada hasil jualan akan digunakan untuk memberi keperluan bahan pengajaran dan pembelajaran rumah baca atau keperluan hidup masyarakat orang asli.

Klik SINI untuk tonton video bagaimana hendak menaja sekurang-kurangnya seorang orang asli untuk celik huruf.

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings