Up to 30% OFF for SUPER SAVER items. Shop Now!
Cart 0

Menyingkap Kebahagiaan Mendidik Anak Disleksia dan Diskalkulia

RM 50.00
Menyingkap Kebahagiaan Mendidik Anak Disleksia dan Diskalkulia Ratings: 0 - 0 votes

Ibu: Di tengah-tengah kehidupan yang sudahpun sangat sukar, cikgu pula memberitahu bahawa anak saya tidak cukup baik untuk berada di dalam kelas beliau dan akan menurunkan standard kelasnya. “Puan hanya perlu terima yang dia tidak akan boleh menamatkan persekolahannya.” Luluh hati saya mendengarnya. Ibu manalah yang boleh menerima komen seperti ini? Saya menghukum diri sehingga berasa tidak lagi mahu keluar dari rumah, dunia ini sudah terlalu kejam terhadap saya. 

Guru 1: “Kami di sekolah kadang-kadang mendapati ada ibu bapa yang tidak dapat terima apabila dinasihatkan untuk merujuk anak kepada doktor. Ramai juga yang tidak peduli. Saya juga pernah menghadapi kes ibu bapa in denial, ibu bapa tidak peduli, ibu bapa yang apati, dan yang tidak faham apa-apa. Apabila dinasihat untuk membawa anak berjumpa doktor, tidak dipeduli langsung malah marah kepada guru pula. Guru di sekolah juga terbeban dengan pelbagai urusan pentadbiran lain selain mengajar. Bilangan murid pula ramai.” 

Guru 2: Cikgu Atiqah tahu Puan Sareah dan Encik Mail tidak pernah tahu apa yang dipelajari oleh Amalia sejak di sekolah rendah. Mereka tidak tahu membaca dan menulis. Kedua-dua ibu bapa Amalia hanya memikirkan bagaimana cara mencari sedikit pendapatan untuk menyara keluarga. Pelajaran? Mereka serahkan bulat-bulat kepada guru di sekolah. Cikgu Atikah tahu Amalia keseorangan dalam perjuangan ini. Ibu bapanya perlu bekerja untuk sesuap nasi. Cikgu Atiqah berjanji pada dirinya bahawa beliau tidak akan membiarkan Amalia menjadi korban keperluan perut keluarganya. 

Anak: Dia sangat ingin berkawan. Dia rindu untuk bergelak ketawa dengan rakan-rakannya di sekolah. Dia berasa tidak salah ‘mengambil’ wang daripada dompet tanpa diketahui ibunya. Dia ingin ‘membeli’ sekurang-kurangnya seorang sahabat. Selama ini maruah dirinya diinjak-injak. Dia sangat risau kalau kawan-kawannya menyangka dirinya bodoh, dia tidak boleh bercakap selancar mereka dan adakalanya dia tidak dapat memahami apa yang mereka katakan. Jadi, dia mengambil keputusan yang salah supaya dia boleh menjadi sebahagian daripada kumpulan tersebut akibat terdesak untuk berkawan dan ‘be in the circle.’ 

Buku ini adalah kembara ibu bapa guru, dan anak-anak tercinta. Melalui onak duri daripada pandangan sinis, sindiran dan nista kerana sedikit kelainan. ‘Dosa’ ini terpalit kerana keupayaan anak disleksia tidak serupa dengan kebanyakan anak lain. Perjuangan ini masih panjang. Penuh pengorbanan, sakit hati, dan tangisan. Buku ini membawa pembaca percaya bahawa akan selalu ada jalan menuju kejayaan melalui kegigihan mengatasi segala rintan­gan. “Sebuah kenyataan hidup yang pahit namun tiada ternilai pengajarannya.”


Paperback.

204 pages.

Dimensi (cm): 23 x 15 x 1.5

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings