Cart 0

DI MANA?

RM 22.05 RM 24.50

Lot dan Not tinggal di dalam sebuah rimba yang tebal. Tetapi Lot yakin ada tempat lain
yang lebih baik daripada tempat tinggal mereka sekarang.
Persoalannya, DI MANA?

Ikuitlah perjalanan Lot untuk mencari kediaman idamannya. 

Cerita yang pasti menarik perhatian kanak-kanak dengan ilustrasi yang menawan. 


Razisatul Asyifah Ismail merupakan seorang penulis buku kanak-kanak yang telah menghasilkan beberapa buah buku bergambar termasuk ‘Di Mana Sebelah Lagi?’ yang memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia tahun 2014. Buku ‘Siapa’ ini berdasarkan cerita rakyat dari negara Iran. Razisatul tingggal di Shah Alam bersama suami dan empat orang anak remaja. Beliau kini bertugas di SMK Seksyen 19, Shah Alam sebagai seorang guru.


Mohd. Khairul Azman Ismail mula bergiat dalam ilustrasi buku bergambar sejak 2013 di bawah bimbingan Yusof Gajah. Antara ilustrasi bukunya telah memenangi anugerah ‘Distinction Award’ dalam pertandingan ilustrasi buku bergambar Nami Concours, Korea tahun 2017. Khairul inggal di Shah Alam bersama isteri dan empat orang anak remaja. Beliau kini bertugas sebagai seorang guru di SMK Seksyen 9, Shah Alam.