• Screenshot_20220513-173900_Instagram-01.jpeg
  • Screenshot_20220513-173853_Instagram.jpg
  • Screenshot_20220513-173906_Instagram.jpg
  • Screenshot_20220513-173849_Instagram.jpg
  • Screenshot_20220513-173847_Instagram.jpg
1

PESAN BUAT DIRI (SIRI 2): Doa dari Al-Quran

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Muhsin Kids | Children's Books & Educational Toys | Malaysia
Worldwide shipping
Secure payments | Muhsin Kids | Children's Books & Educational Toys | Malaysia
Secure payments
Authentic products | Muhsin Kids | Children's Books & Educational Toys | Malaysia
Authentic products
PESAN BUAT DIRI (SIRI 2): Doa dari Al-Quran Ratings: 0 - 0 votes

Buku ini merupakan kesinambungan buku 'Pesan Buat Diri Siri 1' yang mengkhususkan tentang doa dari Al-Quran. Dalam perjalanan Ajue Dasuki mempelajari ilmu Al-Quran, beliau mendapati banyak doa yang dirakamkan dalam kitab suci tersebut. Dan doa terbaik yang boleh dibaca adalah doa dari Al-Quran. Kerana ia adalah doa yang diajar oleh Allah kepada utusan-Nya. Maka adalah baik kita menghafalnya dan memaknainya. 

Terdapat 11 doa dari Al-Quran yang dimuatkan dalam buku ini. Ditampilkan bersama 'doodle' untuk menimbulkan minat buat diri beliau supaya lebih mudah dan seronok untuk dihafal. Doa ditulis dalam Bahasa Arab bersama terjemahan supaya dapat memahami doa yang dibaca. 

Mengapa Perlu Ada Koleksi Buku Ini?

1. Menawarkan pengisian rohani kendiri berasaskan potongan ayat-ayat Al-Quran yang juga adalah doa.

2. Memaparkan lukisan seni ‘doodle’ yang unik dengan tujuan menjelaskan maksud potongan ayat Al-Quran berkenaan dengan penyampaian secara simbolik.

3. Mempunyai sentuhan ‘personal’ pada setiap ‘doodle’ yang dilukis.

4. Memiliki buku ini seperti memiliki nota sendiri kerana ‘pesan buat diri’ ditulis secara monolog.

5. Boleh menambah elemen ‘doodle’ dalam catatan nota sendiri apabila merujuk ‘doodle’ yang dipaparkan dalam buku. Secara tak langsung boleh dijadikan rujukan untuk buat #notacantik sendiri.

6. Buku bersaiz mini, ringan, untuk mudah dibawa di dalam beg tangan, dan di dalam kereta. Sangat sesuai untuk dijadikan teman semasa ‘travel’.

7. Boleh dibaca di mana-mana dan bila-bila masa. Contoh semasa tunggu suami datang ambil di tempat kerja, masa lapang sebelum masuk mengajar, masa lapang  dalam ‘grab car’, di kafe , sambil tunggu anak-anak syurga balik sekolah/ tuisyen dan lain-lain.

8. Sebagai buku rujukan aktiviti bersama ibu bapa dan anak-anak syurga. Boleh lukis semula lukisan ‘doodle’ yang ada dan ditambah dengan ayat Al-Quran sebagai pesanan buat diri sendiri. 

9. Sebagai salah satu ‘tools’ untuk sentiasa ingatkan dekat diri sendiri untuk beramal dengan pesanan yang ada dalam Al-Quran.


Paperback.

Dimensi (cm): 15 x 15 x 0.4

Berat (kg): 0.1

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings