• projekcelikhuruf (4).png
  • projekcelikhuruf.png
  • projekcelikhuruf (1).png
1

PROJEK CELIK HURUF BK01: Praktis Membaca untuk Kumpulan

Regular price
RM 108.00
Sale price
RM 108.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Muhsin Kids | Children's Books & Educational Toys | Malaysia
Worldwide shipping
Secure payments | Muhsin Kids | Children's Books & Educational Toys | Malaysia
Secure payments
Authentic products | Muhsin Kids | Children's Books & Educational Toys | Malaysia
Authentic products
PROJEK CELIK HURUF BK01: Praktis Membaca untuk Kumpulan Ratings: 0 - 0 votes

Projek Celik Huruf 1.0 dilancarkan bagi menyokong Rumah Baca Orang Asli yang bertanggungjawab mengetuai pembinaan rumah-rumah baca di pedalaman, dalam usaha untuk memberi peluang kepada kanak-kanak orang asli menguasai kemahiran 3M - membaca, menulis dan mengira.

Sekolah sudah tersedia, seterusnya buku perlu ada. Walaupun sudah mendapat pelbagai jenis buku hasil pemberian dermawan Malaysia, ada satu cabaran yang mereka hadapi:

  1. Kanak-kanak orang asli belum menguasai kebolehan membaca dengan baik untuk membaca buku-buku yang didermakan.
  2. Buku-buku yang diterima adalah berbeza di antara satu penderma ke penderma yang lain. 

Seperti kanak-kanak lain, penguasaan literasi Bahasa Malaysia kanak-kanak orang asli perlulah dilakukan secara berperingkat. Usaha ini tidak dapat dilakukan sekiranya sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan buku dan bahan yang tidak selaras, atau buku/bahan itu sendiri tidak cukup.

Maka, fasa 1 Projek Celik Huruf tertumpu kepada penyediaan set buku bacaan bertahap untuk setiap kanak-kanak, buku cerita untuk pembacaan sendiri atau pembacaan kuat, dan alat bantu mengajar.

BK01 adalah salah satu set dalam pakej 'Bacaan Berkumpulan' bagi memberi peluang kepada SEKUMPULAN kanak-kanak orang asli untuk meningkatkan kelancaran pembacaan mereka dengan memiliki

  1. 12 tajuk buku dalam siri Bacalah Manjaku.
  2. 12 tajuk buku dalam siri Mula Membaca Bersama Faris dan Farah.

Tajaan anda amat bermakna untuk memberi peluang kepada sekumpulan/sekelas kanak-kanak orang asli menjadi celik huruf, seterusnya menerima pendidikan berkualiti sepertimana kanak-kanak lain di Malaysia.

Anda juga dijemput untuk memberi tajaan kepada setiap kanak-kanak orang asli untuk memiliki buku bacaan bertahap, di bawah pakej 'Satu Anak Satu Set Membaca'. Klik link di bawah untuk lihat semua pakej tajaan:

Projek Celik Huruf

100% keuntungan daripada hasil jualan akan digunakan untuk memberi keperluan bahan pengajaran dan pembelajaran rumah baca atau keperluan hidup masyarakat orang asli.

Klik SINI untuk tonton video bagaimana hendak menaja sekurang-kurangnya seorang orang asli untuk celik huruf.

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings