• 151666984_104843014991093_8521291035443423126_n.jpg
  • Screenshot 2022-04-09 131040.png
  • Screenshot 2022-04-09 143353.png
  • Screenshot 2022-04-09 143904.png
1

Trilogi Gelombang Baru (Kombo)

Regular price
RM 90.00
Sale price
RM 90.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | Muhsin Kids | Children's Books & Educational Toys | Malaysia
Worldwide shipping
Secure payments | Muhsin Kids | Children's Books & Educational Toys | Malaysia
Secure payments
Authentic products | Muhsin Kids | Children's Books & Educational Toys | Malaysia
Authentic products
Trilogi Gelombang Baru (Kombo) Ratings: 0 - 0 votes

Gelombang Baru 1 Membina Arus:

Dihurung prestasi yang menjunam, ditambah dengan masalah peribadi para pemain, Pasukan Bola Tampar Ma'had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah (MATRI) bakal dibubarkan tidak lama lagi.

Kehadiran seorang jurulatih bernama Hussam, cuba mengubah keadaan tersebut. Tetapi, usaha itu tidak disambut dengan gembira oleh pemain-pemain yang tidak menggemari gaya jurulatih tersebut.

Mampukah Pasukan Bola Tampar MATRI mengubah keadaan mereka, dan selamat dari pembubaran? 

Gelombang Baru 2 Meniup Taufan

Pasukan Bola Tampar MATRI kini kembali bersatu. Pencapaian yang dipamerkan di Kejohanan Terbuka telah menjadi bukti bahawa mereka mampu melakukan peningkatan dan membuat perubahan. Nama “Avant-garde” kini hidup kembali.

Tetapi cabaran belum berakhir. Pembubaran masih menghantui, apabila pencapaian akademik dijadikan penanda aras. Bersama Hussam, mereka cuba mengatasi halangan tersebut.

Pada masa yang sama, jurulatih Sekolah Sukan Negeri Perlis (SSNP), Cikgu Senan, mula rasa terancam dengan perkembangan Pasukan Bola Tampar MATRI. Tidak mahu rekod juara bertahan SSNP runtuh, Cikgu Senan mula menyusun makar yang bakal menggegar pasukan Avant-garde! 

Gelombang Baru 3 Menjadi Matahari 

Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Perlis (MSSPs) telah diawalkan secara mengejut, membuatkan Hussam perlu lebih kreatif bagi melatih Pasukan Avant-garde dalam masa yang semakin suntuk.

Pada masa yang sama, pengawalan tarikh itu membuatkan kejohanan berlangsung tidak jauh dari peperiksaan pertengahan tahun.

Selain latihan bagi mencapai kejuaraan, pemain-pemain Pasukan Avant-garde terpaksa membuktikan bahawa mereka mampu mengimbangi sukan dan pelajaran. Seiring cabaran tersebut, Cikgu Senan terus berusaha melakukan sabotaj terhadap Pasukan Avant-garde, bagi menggagalkan usaha mereka mencapai kejuaraan di MSSPs.

Apakah pasukan Avant-garde akan berjaya menyertai MSSPs? 


Dimensi (cm): 19 x 12 x 7.1

Berat (kg): 0.85

Paperback

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings