UMRAH BERSAMA ANAK-ANAK KECIL (PART 2)

UMRAH BERSAMA ANAK-ANAK KECIL (PART 2)

Assalamualaikum again Mothers! 

Alhamdulillah, sebelum ini, di dalam Part 1, saya telah ceritakan sedikit info tentang perjalanan umrah kami sekeluarga. Sekiranya ibu2 atau pembaca2 belum berkesempatan baca sebelum ni, boleh klik link ini untuk ke Part 1 ya. 

Umrah Bersama Anak-Anak Kecil

Pikir

Gambar dari internet

Dan dalam Part 2 ni, in sha Allah, saya kongsikan sedikit tambahan dalam fasa Perancangan, sekaligus dengan pengalaman kami la ye.  Fokus kepada bagaimana saya plan jadual perjalanan. Dan in sha Allah, saya kongsikan bagaimana saya buat ‘budget estimation’, supaya boleh digunakan untuk sesiapa yang memerlukan.

Suka saya nak ingatkan, kami perlu rancang jadual perjalanan kerana kami pergi ‘pakej sendiri’ atau ‘pakej suka hati’. Hehehe. Kalau ibu2 atau pembaca ikut agen, tak perlu dah rancang ni semua. In sha Allah agen dah buat semua perancangan.  Jadi, boleh lah saya katakan bahawa perkongsian kali ini mungkin fokus kepada sesiapa yang mahu buat ‘pakej suka hati’ macam kami. Risiko ditanggung sendiri ya! 

Kenapa kami buat pakej suka hati? Seperti yang telah saya terangkan sebelum ni, kami mahu perjalanan yang ‘private‘, dalam tempoh yang kami rancang, within budget! Supaya anak-anak kecil kami dapat ‘cope‘. Okes, moh saya kongsikan ye.. Bismillah…

Us Ziarah

KAMI! Dua keluarga – 4 dewasa, 6 kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah.

Perkara pertama yang perlu ibu2 cek kalau nak buat ‘pakej suka hati’ ini ialah —> Prosedur permohonan VISA Umrah di Malaysia.

Kalau di Dubai, memang kebanyakan orang buat ‘pakej suka hati’. Visa pun sekejap je prosesnya. Cuma hantar passport kepada mana-mana agen yang ‘offer‘ perkhidmatan VISA Saudi, bersama beberapa dokumen yang diperlukan dan bayaran AED350 setiap seorang (Saya tak pasti bayaran ni sama untuk semua agen atau tidak. Sila cek terlebih dahulu). In sha Allah dalam kurang dari seminggu boleh dapat dah VISA, tapi ada agen yang nak at least 10 hari masa bekerja. Boleh cek ye dengan agen pilihan anda. 

Bagi ibu2 yang berniat untuk bertolak dari Malaysia, saya minta maaf, saya tidak tahu prosedurnya. Boleh cek dulu ya. 

Sebenarnya, perancangan ni boleh jugak digunakan untuk sesiapa yang nak buat ‘kumpulan’ umrah sendiri. Mungkin ada ‘geng’ yang nak pergi Umrah bersama-sama, maka bolehlah rancang perjalanan sendiri. In sha Allah.

It’s NOT a Recommended Practice

Sebelum tu, saya rasa perlu saya nyatakan di sini, bahawa umrah bersama anak-anak ini bukanlah wajib atau recommended. Maksud saya, setakat ini, saya belum jumpa lagi dalil yang menyatakan ia dituntut di dalam Islam. Maka, saya berharap agar tiada salah faham di sini. Saya cuma berkongsi pengalaman saya untuk bawa anak-anak bersama dan kemanisan serta cabarannya.   Tetapi saya tidak boleh mengatakan bahawa ia adalah satu praktis yang terbaik dan semua ibubapa perlu bawa anak-anak semasa mengerjakan Umrah! Pilihan ini adalah di atas keperluan dan kehendak masing-masing, berdasarkan kemampuan dan kesanggupan. The choice is yours

KidsUntuk yang bawa anak-anak kecil yang banyak, sila jangkakan perkara seperti ini berlaku ya!  Mereka memang nak main kat mana-mana pun!

Dan kepada ibu2 yang tidak dapat anak-anak bersama kerana sebab-sebab tertentu, jangan bersedih ya. Apa yang Allah tentukan untuk kita adalah terbaik untuk kita!  Lain orang, lain jalan ceritanya.  May Allah grant us the hearts that can accept all His Decrees with open hearts, and able to feel ‘full’ with whatever He gives. Allah says:

Ibrahim 7 Be Grateful

Surah Ibrahim, 14:7. (Source: www.quran.com)

Maka,

Be Happy

FASA PERANCANGAN

1. Seek Knowledge about Umrah (sudah dikongsikan sebelum ini)

Next step ialah:

2. Plan Jadual Perjalanan

Masa buat perancangan, kami ada 2 pilihan:

Pilihan 1 : Buat Umrah terlebih dahulu di Makkah, diikuti dengan ziarah di Madinah.

Pilihan 2: Ziarah Madinah dahulu, kemudian bertolak ke Makkah untuk Umrah.

NOTE: Ziarah di Madinah tidak termasuk dalam rukun Umrah. Tidak salah sekiranya individu hendak buat Umrah di Makkah sahaja, tanpa ke Madinah sekiranya ada kekangan (masa atau kewangan). Saya quote petikan satu buku: “Visiting the city of Madinah is not a devotional rite of Umrah dan has nothing to do with Umrah. However, it is highly commendable to visit the Prophet’s SAW mosque.” ~Abu Muneer Ismail Davis in The Ultimate Guide to Umrah.

Book

Setelah berbincang dan berdiskusi, kami pilih Pilihan 1 iaitu pergi ke Makkah dan selesaikan Umrah dahulu, baru berziarah ke Madinah. 5 faktor yang diambil kira untuk tetapkan pilihan kami ialah:

a. ‘Do-ability’ untuk buat Umrah mengikut garis panduan (sunnah), di antaranya ialah supaya kami melalui Meeqat dalam keadaan ihram dan berniat umrah di Meeqat.

Saya rasa bagus jugak kalau saya share sedikit input daripada buku yang saya di atas, iaitu ‘Best Actions’ untuk Umrah:

Best Actions for Umrah

Boleh lihat ‘point‘ yang saya birukan iaitu pastikan kita berada dalam keadaan ihram dan berniat ihram di Meeqat. Satu ‘point‘ yang sangat penting, tetapi ada kemungkinan diabaikan, sekiranya kita buat ‘trip‘ sendiri. Selalunya kalau dengan agen pelancongan, in sha Allah mereka akan ingatkan. Penting kerana:

Meeqat

Jadi, tidak boleh dipandang ringan. Berdasarkan informasi Meeqat ini lah kami rancang perjalanan, berdasarkan jarak dan masa perjalanan serta mode of transportation. Untuk bawa anak-anak kecil, pada saya yang terbaik ialah untuk ambil perjalanan tersingkat dan termudah, bagi mengurang sesi ragam-meragam. 

Ada 5 Meeqat untuk orang luar Makkah yang ditentukan oleh Rasulullah SAW:

Meeqat

Kami pilih untuk terus ke Makkah, maksudnya kami bersedia dan pakai ihram dari Dubai lagi. Dan syarikat penerbangan seperti Saudi Airlines (dan mereka kata termasuk Malaysia Airlines dan Emirates Airlines. Saya tak pasti, boleh cek) memang akan melalui Meeqat apabila mereka terbang ke Jeddah (Tiada airport di Makkah. Airport terdekat yang dibenarkan untuk pemegang VISA umrah ialah Jeddah). Dan Alhamdulillah hari tu, memang mereka buat 2 pengumuman -> pengumuman pertama pada 30 minit sebelum sampai di Meeqat, dan satu lagi semasa betul2 di atas Meeqat. Jadi kami terus berniat umrah di dalam kapal terbang, dalam keadaan ihram dan mulakan talbiyah.

Dalam Kapal Terbang

Boleh pakai ihram daripada rumah atau airport atau di dalam kapal terbang, sebelum tiba di Meeqat. Alhamdulillah hari tu suami siap2 berihram di airport, kerana ramai juga yang menggunakan tandas hari tu, jadi ‘q’ panjang sikit. Dan tandas agak sedikit kotor, jadi macam tak sesuai sangat untuk pakai ihram dalam tu, hari tu. Dikhuatiri dicemari najis. Sebab ini adalah pakaian yang kita nak pakai terus untuk tawaf.

Sekiranya sesiapa hendak ke Madinah terlebih dahulu, tidak perlu berihram daripada rumah. Ada satu Meeqat berhampiran Madinah (Dhul-Hulaifah), di mana ‘pilgrim’ berihram dari Madinah, dan melalui Meeqat untuk berniat umrah dalam perjalanan ke Makkah. Daripada Madinah ke Makkah, kita boleh pilih samada hendak naik pengangkutan darat (kalau naik bas 8 jam, naik van dalam 5 ke 6 jam) atau pengangkutan udara (tetapi masih perlu ke airport Jeddah, dan naik pengangkutan darat ke Makkah).

Kepada yang belum pernah mengerjakan Umrah, mungkin penerangan ini agak kabur. Saya sarankan untuk sesiapa yang berniat untuk mendalami perkara ini supaya rujuk buku2 yang beri penerangan lanjut tentang Umrah ya. Di antaranya ialah buku yang saya kongsikan di atas.

b. Strategi pengangkutan.

Strategi Pengangkutan

Yeaaahh, ini peta strategi pengangkutan kami! Hehehe. Senang sket kot untuk saya tunjuk secara visual.  Garis hijau maksudnya kami menggunakan pengangkutan udara. Dan garis merah menggunakan pengangkutan darat.

PENTING!!

Apabila rancang perjalanan untuk Umrah, pastikan DIRECT FLIGHT daripada/ke tempat asal kita ke/dari lapangan terbang yang dibenarkan sahaja. Untuk VISA Umrah, hanya 3 lapangan terbang dibenarkan iaitu – JEDDAH, MADINAH atau YANBU.

Sebab inilah kami kena ‘penalti’ bayaran tiket kapal terbang. Pada mulanya kami abaikan pesanan ini (‘pop up’ masa nak book tiket kapal terbang), dan terus je tempah tiket balik Madinah-Riyadh-Dubai (transit di Riyadh). Bila kami cek semula, dan bertanya kepada agen VISA, mereka bertegas bahawa perjalanan tersebut tidak dibenarkan oleh Kerajaan Saudi. Walabagaimanapun, kami juga dapat tahu ada je yang pernah melalui Riyadh dan OK je. Tapi, kami tak nak amik risiko, maka kami tukar kepada tarikh yang ada penerbangan direct Madinah-Dubai.

Jadi, ibu2, agak penting jugalah untuk consider tentang perkara ni di peringkat awal. 

Syarat VISA Umrah

Point 1 ke Point 2: Dubai ke Jeddah Airport menaiki Saudi Airlines. Perjalanan udara ini ambil masa selama 2 jam. Alhamdulillah, masa kami tiba di Jeddah, ‘barisan’ orang tidak terlalu panjang, jadi ‘passport clearance’ tidak mengambil masa yang lama. Bila tiba di Jeddah Airport, kami perlu isi borang ‘Umrah VISA’. Borang tersebut disediakan di ‘Balai Ketibaan’, sebelum beratur di kaunter.

Semangat

Sebelum boarding, di Dubai Airport. Semangat! Sebab jumpa kawan-kawan. 

PENTING! Untuk keluar daripada Jeddah Airport, perlu ada seorang wakil yang menjemput kita. Mereka cek. Saya tidak tahu tentang perkara ini dengan lebih lanjut. Kami gunakan perkhidmatan ‘geng ustaz’ untuk jemput kami di lapangan terbang. ‘Geng ustaz’ hantar seorang wakil untuk jemput kami. In sha Allah lepas ni, saya akan kongsikan dengan lebih lanjut ye, apa perkhidmatan yang kami ambil daripada ‘ Geng Ustaz’ ni.  Jadi, sekiranya ibu2 nak buat ‘pakej suka hati’ ni, sila pastikan ada seorang (yang tahu prosedur) menjemput ya. Kalau tidak, mungkin tak dapat keluar dari airport.

Tiba di Jeddah

Alhamdulillah, tiba di lapangan terbang Jeddah, ustaz yang mengiringi kami sudah bersedia bersama sebuah van yang dipandu oleh orang tempatan.

Point 2 ke Point 3: Jeddah Airport ke Makkah menaiki van (~72 km). Perjalanan ini cuma ambil masa lebih kurang sejam lebih. Minta maaf saya lupa berapa yang ‘lebih’ tu. Hehehe. Tapi, Alhamdulillah, jalan agak selesa. Bagus jugak untuk bawa air bersama, terutamanya sekiranya datang pada musim panas. Bila ada anak-anak ni, kelengkapan kena lebih sikit. Hehe. Ada banyak juga kedai-kedai di tepi jalan. Kalau nak beli air pun boleh.

Sepanjang perjalanan ni, kami teruskan bacaan talbiyah. Kami semua sudah dalam ihram. Dan ustaz juga ada beri sedikit penerangan tentang ibadah umrah dan Bandar Makkah. It was really useful

Seperti yang saya sebutkan sebelum ni, saya tidak berniat nak kongsi detail tentang ibadah Umrah tersebut. Maka saya ringkaskan, kami menginap di Makkah selama 6 hari, dan bertolak ke Madinah pada hari keenam.

Tiba di Makkah

Alhamdulillah, setiba di Makkah, ‘Geng Ustaz’ dah standby dan bantu kami. Hotel Manager juga turut bantu untuk minta kebenaran polis supaya van kami dapat berhenti depan hotel. Jalan ini adalah di antara jalan utama ke Masjidil Haram, maka sangat sibuk, terutamanya bila hampir atau selepas waktu solat.

Ketibaan di Makkah

Ustaz juga turut bantu untuk menguruskan beberapa dokumen yang perlu kami submit setibanya di Makkah. Tak pasti untuk apa. Hihi. Masa tu pikir nak buat Umrah je kot.

Bilik

Alhamdulillah bilik yang ada 3 katil dah cukup untuk kami berlima. Kalau anak-anak dah besar, kena bilik yang lebih besar kot.

Point 3 ke Point 4: Makkah ke Madinah menaiki van (~424 km). Alhamdulillah. Pada ketika itu, kami sudah selesai buat Umrah. Jadi, kami cuma hendak berziarah di Madinah. Perjalanan kami dari Makkah ke Madinah melalui darat, menaiki van mengambil masa lebih kurang 5 jam lebih. Di sepanjang perjalanan, ada jugak tempat ‘R&R’ macam kat Malaysia. Jadi, kami boleh berhenti untuk solat dan beli makanan. 

madinah

Masjid Nabawi, Madinah!

SubhnaAllah, I shall say that Madinah is one of the most tranquil places I have ever visited! Suka! Kami tinggal di Madinah selama 4 hari, untuk ibadah dan ziarah.

Point 4 ke Point 5: Pulang ke Dubai menaiki Saudi Airlines. Ya, it was sad to leave! But it was the reality. Perjalan tersebut juga ambil masa lebih kurang 2 jam juga.

A L H A M D U L I L L A H!

Ya, that was our plan, and Alhamdulillah, it was executed as per planned. 

c. ‘Do-ability’ untuk anak-anak kami ‘follow. Kami perlu pilih cara yang tidak memenatkan mereka sangat.

Meh saya kongsi satu sebab kenapa kami pilih untuk ke Makkah dahulu ya. Ia adalah kerana tempoh masa perjalanan. Saya tengok anak-anak saya, bila penat, mereka akan meragam. Dan itu adalah perkara yang saya mahu elakkan supaya kami dapat mengerjakan Umrah dengan gembira. Hehehe.

Aqeel tido

Aqeel tido dalam kapal terbang. Penat berlari-lari kat airport agaknya. 

Jalan terbaik setelah kami fikirkan ialah untuk terus ke Makkah, di mana perjalanan udara cuma mengambil masa 2 jam, dan kemudian 1 jam lebih menaiki van untuk tiba di Makkah. Sesampai kami di Makkah (setelah segarkan diri dan anak2 buat seketika), kami terus ke Haram untuk buat Umrah. Kalau kami bergerak dari Madinah, perjalanan tersebut lebih lama dan memenatkan untuk anak-anak, terutama sekiranya kami menaiki jalan darat. Kalau nak naik pengangkutan udara, mahal sikit. Jeng jeng jeng. Kena kira kos jugak masa tu. Hihi.

Dan seperti yang telah dikongsikan sebelum ni, kami pilih hotel yang dekat dengan Masjidil Haram. Supaya anak-anak tak penat nak jalan. Alhamdulillah, saya tengok sangat membantu sebenarnya untuk duduk berhampiran Haram bila bersama dengan anak-anak kecil.

View from Hotel to Masjidil Haram

Dari hotel ke Haram. Dalam 2-3 minit jalan je. Tapi dengan kanak-kanak jadi lebih la masa nya ya.. 

d. Kos.

Sebelum kami tentukan pilihan, saya buat jugak beberapa kes (hehehe, macam Project Manager sket) untuk bandingkan kos bagi setiap kes. Saya tengok Pilihan 1 (pergi Makkah dulu) adalah bersesuaian dengan apa yang kami mahu, dan menepati perancangan ‘belanjawan’ (ya, akhirnya saya ingat apa budget dalam Bahasa Malaysia!). In sha Allah lepas ni saya kongsikan ‘jadual’ ‘cost estimation’ya.

e. Dan untuk kaum perempuan, adalah lebih baik sekiranya dapat plan berdasarkan ‘jadual bulanan’. Contoh, sekiranya ibu2 rasa ada kemungkinan ‘jadual bulanan’ akan ‘berlaku’ pada hari-hari di pertengahan perjalanan, maka lebih baik pergi ke Makkah dahulu. Selesaikan Umrah. Kemudian baru ziarah ke Madinah.

Dan berdoalah banyak-banyak sebelum itu supaya Allah permudahkan perjalanan umrah, dan tiada ‘jadual bulanan’ berlaku sebelum atau semasa mengerjakan umrah. 

Tetapi sekiranya ia terjadi, janganlah bersedih. Ia adalah proses semulajadi, ketentuan Allah. Suka saya nak petik sket ayat buku tersebut:

Sometimes a woman gets upset when her menses start while she is in Makkah, as she cannot attend prayer in the Haram. Try not to be upset, as this is a natural process from Allah. Allah in His Mercy will certainly not give you any less reward than what you would have obtained if you did not have your menses. Use this time to indulge in other forms of ibadah, such as dhikr, du’a, and reading. Read books that will help you increase your knowledge about Islam or books on Tafseer in order to increase your understanding of the Quran.

Narrated by Al-Qasim bin Muhammad “…’Aishah added, “Allah’s Prophet SAW came to me and saw me weeping and said, “What makes you weep, O Hantah?” I replied, “I have heard your conversation with your companions and I cannot perform the Umrah.” He asked, “What is wrong with you?” I replied, “I do not offer the prayers (i.e I have my menses).” He said, “It will not harm you for you are the one of the daughters of Adam, and Allah has written for you (this state) as He has written it for them. Keep on with your intentions for Hajj and Allah may reward you for that.” [Bukhari:1560]

Rujukan: Abu Muneer Ismail Davids in his book, The Ultimate Guide to Umrah.

Unta

Semasa ziarah. Yang ni melawat ladang unta di Hudaibiah. Macam biasa, budak-budak kan sangat suka unta! Unta pun sangat manja rupanya. Suka dibelai! 

Ya, itulah lebih kurang 5 faktor yang kami ambil kira masa rancang perjalanan. Sebenarnya, lagi mudah macam ni. Pada awalnya saya yang buat perancangan secara terperinci. Lepas tu, saya sediakanlah ‘kertas kerja’ untuk bos saya (encik suami le…hihi), untuk ‘approval process’. Hihihi. Senang ye ibu2 kalau buat macam ni. Saya tengok lelaki memang suka black and white and direct approach. Bila bagi kertas kerja dan kita ‘bentangkan’ proposal dengan data2 yang lengkap, approval process in sha Allah dapat dipercepatkan! Hehehe.

Secara ringkasnya begini je plan perjalanan kami:

1. Bertolak dari Dubai ke Jeddah Airport menaiki kapal terbang.

2. Dari Jeddah Airport ke Makkah menaiki van.

3. Check in Hotel.

4. Umrah dan Ibadah.

5. Ziarah di sekitar Makkah.

6. Check out Hotel di Makkah dan bertolak menaiki van ke Madinah.

7. Ibadah dan Ziarah di Madinah.

8. Bertolak dari Madinah ke Dubai.

S E L E S A I 

Ini secara terperinci sedikit ya. Termasuk bagaimana kami ‘estimate‘ belanjawan.

Secara ringkas, ada 6 bahagian kos:

1. Tiket kapal terbang.

2. Pengangkutan darat (termasuk semua perkara yang ditulis Land Transport LUMP SUM di bawah. Semua kami ambil dari Geng Ustaz. Senang, sebab kira lump sum).

3. Penginapan (atau hotel) di Makkah dan Madinah. Hotel juga kami book melalui Geng Ustaz. Boleh juga book dari booking.com, tapi lagi mudah bila book melalui Geng Ustaz.

4. Pengiring.

    a. Mutawwif Umrah, iaitu orang yang membimbing kita semasa Umrah, kepada sesiapa yang belum pernah buat Umrah sebelum ini. Boleh je buat sendiri, tanpa mutawwif.

    b. Pengiring semasa ketibaan di Lapangan Terbang Jeddah dan semasa ziarah. Seronok ada pengiring sebab beliau ceritakan perkara2 yang berkaitan dengan tempat yang kami lawat. Dan yang bestnya ustaz2 sering beri nasihat supaya ikut Al Quran dan Sunnah, dan jangan lakukan syirik.

    c. Untuk saya dan kawan perempuan, kami juga ambil perkhidmatan seorang pengiring wanita yang ajar kami untuk masuk Raudhah di Masjid Nabawi. Tak perlu ambil pun takpe.

5. VISA Application.

6. Lain-lain – Air zam zam dan service charge untuk setiap seorang.

JANGAN LUPA!

Sediakan wang untuk makan di sana ya.  Kami budget lebih kurang 60 Saudi Riyal ke 100 Saudi Riyal sekeluarga (untuk anak-anak kecil lah ye), sehari. Saya tengok purata satu ‘meal‘ ialah lebih kurang SR 15 (Saudi Riyal). Dan dalam sukatan orang Arab! Maksudnya banyak! Jadi saya dan tiga anak-anak share satu meal! Ada juga makanan Malaysia di situ. Oleh Felda D’Saji:

D'Saji Kiosk Makkah

Kiosk D’Saji di Makkah

The Food!

Antara makanan yang dihidangkan. Teh tarik pun ada! Yummy yummy suka sebab kat Dubai takde! 

Tetapi, D’Saji ni hidangkan makanan saiz ‘Malaysian’. Maknanya kuantitinya tak banyak macam makanan arab yang lain lah ye. Dan harga pula, tidak boleh nak dibandingkan dengan di Malaysia. Mestilah mahal sedikit. Tapi Alhamdulillah saya tengok, tidak terlalu mahal. Anak-anak kami Alhamdulillah dah biasa makan makanan arab, jadi takde masalah sangat. Tapi saya rasa, kalau yang tak biasa pun, mungkin suka jugak kot dengan makanan arab. Sebab banyak juga nasi. Dan banyak juga roti.

Dan bagus juga sekiranya ibu2 ambil peluang untuk bawa sedikit atau banyak wang untuk disedekahkan. Mungkin boleh beli makanan kepada cleaners yang membantu membersihkan masjid, atau boleh beri duit juga. Terpulang lah. 

20140415_210422

SubhanAllah! It’s Amazing!

Di sini saya kongsikan jadual perancangan perjalanan kami ya, yang juga kami gunakan untuk rancang belanjawan. Tetapi, saya tidak sertakan nilai sebenar ya. Saya kosongkan sahaja ruangan kos tersebut.  Di bawahnya, saya ada sertakan 2 salinan PDF – satu yang sama dengan informasi di bawah (Umrah_Kami) dan satu lagi dokumen kosong (Umrah_Kosong), untuk sesiapa yang hendak merancang perjalanan Umrah seperti yang kami lakukan. Again, jangan bergantung pada informasi saya sahaja ya. Saya sarankan ibu2 cari informasi yang lain juga. Dan saya juga perlu katakan, bahawa segala risiko kita perlu tanggung sendiri, apabila kita buat pakej ‘suka hati’ ni. Hehehe. Untuk kami, Alhamdulillah, semua OK dan berjalan dengan sempurna. Praise and thanks to Allah!

Umrah Plan_1

Umrah Plan_2

Umrah Plan_3

PDF COPY:

Jadual 1 : Informasi tentang perjalanan kami –> Umrah_Kami (sama seperti di atas).

Jadual 2: Jadual Kosong –> Umrah_Kosong

Kesimpulan

Seperti yang saya kongsikan di dalam Part 1, Alhamdulillah dapatlah kami ‘pakej’ bernilai RM2960 seorang. Dan kalau dari Malaysia, sebenarnya perbezaan harga mungkin daripada harga tiket kapal terbang dan permohonan VISA. Oh ya, juga daripada pemilihan jenis hotel. Kalau berbintang-bintang, lagi mahal la sikit.  Jadi kalau ibu2 betul2 serius, boleh lah mula survey dari sekarang. Sekiranya ibu2 berminat nak contact Geng Ustaz tersebut, boleh lah contact mereka di laman Facebook Lancar Hotel. (klik link untuk ke laman tersebut). Mereka juga boleh beri sebut harga. In sha Allah. Dan saya dapat tahu ada juga beberapa warga Malaysia di Saudi yang menawarkan perkhidmatan yang sama. Boleh lah survey di internet ya.  Alhamdulillah, ustaz-ustaz fasih berbahasa Arab dan faham dengan selok-belok Makkah dan Madinah, serta ragam dan rentak manusia di sana. Ini sangat membantu, terutama untuk kami yang tidak berpengalaman.

Okes. Tu je kot untuk perkongsian tentang perancangan perjalanan kami untuk buat pakej ‘suka hati’. Rasa dah sangat panjang pun. Pasti tak sempurna, saya cuma berharap dapat membantu beri idea sedikit kepada yang sedang tercari-cari. May Allah make it easy for you to go to Umrah and make easy the Umrah trip itself, either with or without your kids.  May Allah accept our Umrah, and make our intention of Umrah solely for Him.

Kaabah

Segala kekurangan adalah daripada saya, segala kelebihan adalah dari Allah SWT. Semoga bertemu lagi.