Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm in the City!

Kenali Haiwan Secara Dekat di Farm in the City!

Kanak-kanak suka sangat binatang!

Setakat ni, kalau bawa anak-anak pegi tempat yang ada binatang, memang tak pernah mengecewakan. Memang anak-anak suka sangat! Dari yang kecik, sampai ke kakak sulung. Semua suka binatang.

Oh, tapikan.. Walaupun kanak-kanak suka haiwan, rupanya, pengkaji dapati ada 'pattern' atau tahap penerimaan kanak-kanak terhadap setiap haiwan yang baru dia jumpa. Mula-mula, dia takut. Lepas tu, bila dia dah rasa selesa, baru takut tu hilang (Van-Arcken, 2015). Jadi, lebih kerap kita bawa dia lihat dan berinteraksi dengan haiwan, lebih kurang takut dan lebih mudah dia rasa selesa. In sha Allah.

Dan rupanya, bagi kanak-kanak kecil di bawah umur 10 tahun, kepercayaan dia terhadap benda hidup dan bukan hidup senang je - kalau bergerak, maknanya hidup. Kalau tak gerak, maksudnya bukan hidup atau mati. Jadi, pada usia awal, susah sikit dia nak faham yang pokok tu adalah benda hidup. Maka, boleh kenalkan haiwan dulu. Kemudian perlahan-lahan, kenalkan juga bahawa tumbuhan pun hidup!   

17088_10205992021223866_6997589567740106728_n.jpgSalah satu cara nak terangkan kat kanak-kanak yang tumbuhan itu benda hidup.

Ha, dipendekkan cerita, hari tu, suami ambil cuti tambahan tiba-tiba. Jadi saya duk fikir nak pegi berjalan mana lah ni (oh ya, macam dah jadi tugas rasmi isteri kan duk fikir tempat bercuti? Hahaha. Betul tak mommy?). Setelah memerah otak sambil mengemas rumah (hahaha takde lah perah sangat pun   ), saya teringatlah tiket Farm in the City yang pernah kami beli masa Matta Fair. So saya katalah kat suami, "Bang, kita pergi Farm in the City je lah esok. Tiket pun memang dah beli."

Bila dengar tiket memang dah siap beli, terus bersetujulah suami saya. Hahahahaha. Saaaaavvveee duit sisturr.   

Muhsin Kids at the Farm in the City Main EntranceMain Entrance

Maka keesokan harinya, berbondong-bondong lah kami anak beranak ke Farm in the City.  Dekat je dengan rumah kami. Lokasi Farm in the City ni di Seri Kembangan. Boleh waze atau search pakai Google map je. Ini link FB park tersebut ya --> FB Farm in the City.

'Plan'nya nak keluar rumah pukul 8.30 pagi, pergi breakfast luar dulu dan terus ke Farm in the City. Hari tu hari Jumaat. Jadi 'plan'nya nak pergi awal supaya dapat balik sebelum solat Jumaat. Tapi tinggal angan-angan je rancangan tu. Hahaha.   Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 10.30 pagi. 

Dapatkah kami 'cover' seluruh park dalam masa 2 jam? Jeng jeng...Jom baca sampai habis..

Oh, ini waktu operasi Farm in the City:

Hari biasa: 10.00 pagi - 6.00 petang

Hujung minggu/Cuti umum/Cuti sekolah: 9.30 pagi - 6.00 petang

Ditutup pada hari Selasa, kecuali pada cuti umum/cuti sekolah.

Muhsin Kids at Farm in the City MapKawasan yang kami nak 'cover'.

Lepas selesaikan urusan tiket (mereka scan QR code yang kami terima masa beli tiket di Matta Fair tempoh hari), kami bergegas ke 'Exhibition Hall'. Masa tu, dah hampir pukul 11 pagi, dan ada 'otter feeding activity' katanya. Ni salah satu aktiviti tambahan yang mereka sediakan untuk buat pengalaman kanak-kanak dengan haiwan di situ lebih interaktif dan bermakna. Waktu-waktu untuk aktiviti harian ada ditunjukkan di berhampiran kaunter tiket:

Muhsin Kids at Farm in the City Daily ActivityBolehlah 'plan' nak pergi yang mana.

Alhamdulillah, sempat anak-anak 'join' aktiviti tu. Comel sangat 'otter' ni tau! Dalam BM, kita panggil memerang, kan? Anak-anak dapat kasi makan otter dan ha, ada satu perkara menarik tentang otter yang saya baru belajar. Sesuai disebarkan kat kaum bapa (hahaha gurau jeeeee). Cer tengok video. Hihi:


Haiwan-haiwan kat sini disusun mengikut kategori, seperti yang ditunjukkan dalam peta di atas. Yang bestnya, banyak haiwan yang 'dilepaskan' begitu sahaja. Saya suka begini - anak-anak boleh perlahan-lahan belajar untuk mendekati haiwan dan hilangkan rasa takut. 

Muhsin Kids at Farm in the City Holding ChickPegang anak ayam.   

Even 'sangkar' burung pun kita boleh masuk. Anak-anak suka sangat, sebab boleh kasi makan juga. Tapi, hati-hati dengan tahi burung ye.. Hihi.

Muhsin Kids at Farm in the City Feeding Bird

Ada makanan haiwan yang mereka kasi percuma macam makanan burung ni:

Muhsin Kids at Farm in the City Bird Food

Dan ada juga yang kita boleh beli. Mesin-mesin khas ada disediakan untuk beli makanan haiwan. RM2 je sekotak.

Muhsin Kids at Farm in the City Buying Animal FoodSiap ada info yang ditulis. Anak-anak boleh serap banyaaakk ilmu, in sha Allah!   

Anda risau tangan anak kotor lepas pegang atau beri makan pada haiwan? Don't worry k. Ada banyak sinki disediakan, beserta dengan sabun. So anak dapat basuh tangan terus. Macam saya, memang saya suruh mereka basuh terus sebelum ke 'station' seterusnya, sebab terutamanya yang kecil, kadang-kadang dia masukkan tangan dalam mulut atau raba mata dan sebagainya. Jadi lebih baik basuh di setiap 'station' sebelum kotorkan semula. Hahaha.

Muhsin Kids at Farm in the City Washing Hands

Jadi saya tak risau sangat. Nak tangkap ikan longkang pun OK.   

Muhsin Kids at Farm in the City Longkang Fish

Ada banyak haiwan kat situ. Ni saya kongsi sket beberapa haiwan yang saya sempat ambil gambar ye..

Muhsin Kids at Farm in the City Big TortoiseKura-kura besar.

Muhsin Kids at Farm in the City ChickenAyam baru bangun tidur! Hihii gurau je. Nama spesis ni - Curly Feathered Chicken.

Ni yang tengah menyorok ni, Slow Loris. Haiwan dari Borneo

Muhsin Kids at Farm in the City Slow Loris

Oh, kalau mommy/daddy nak berikan buku membaca kepada anak yang baru belajar membaca, buku Slow Loris ni boleh membantu (klik link untuk beli ye) --> Borneo Animals: Slow Loris.

Fuh banyak juga haiwan kalau nak share gambar. Saya kongsikan video je lah. Enjoy!

Anak-anak happy sangat! Alhamdulillah! Siap main 'find the animals' - tengok gambar di pamplet, dan cari haiwan tersebut.   Sebenarnya, ini bukan kali pertama mereka datang. Tapi, mereka masih teruja juga lagi. 

Yang paling best bagi saya ialah mereka dah perlahan-lahan hilang rasa takut untuk dekat dengan haiwan, dan beri makan pada haiwan. Tapi masih belum 'fully' selesa lagi. Nampak kan dalam video mereka terloncat-loncat takut?   Kena 'repeat' lagi nampaknya. Hihi. 

Dan..

Alhamdulillah, kami dapat 'cover' pusing park dalam masa lebih kurang 1-1/2 jam. Tapi ada juga beberapa bahagian yang kami tak pergi, iaitu "Vegetables and Fruits Farm", "Pony Ride" dan "Cow and Ostrich Area". Mungkin 2 hingga 2-1/2 jam adalah masa yang 'just nice' untuk anak-anak enjoy seluruh park. 

Tapi takpe, park ni dekat. Bila rasa-rasa rindu kat money marmoset ni, boleh lah datang lagi. Hehehe.

Muhsin Kids at Farm in the City Marmoset

Lepas penat 'explore', boleh chill kat restoran di Main Entrance. Kami minum dan makan aiskrim je masa tu, sebab nak rush balik solat. Oh, bagus juga bawa botol air minum yang ada tali untuk anak bawa dan minum, serta topi, sebab panas sket.

Ini saya kongsikan harga tiket sebagai rujukan:

Untuk rakyat Malaysia (kena tunjuk MyKad)

Dewasa (12 tahun ke atas)             : RM37 (harga biasa RM55)

Warga Emas (60 tahun ke atas)      : RM30 (harga biasa RM45)

Kanak-kanak (11 tahun ke bawah) : RM30 (harga biasa RM45)

*Masuk percuma untuk anak yang berketinggian bawah 90 cm.

Masa Matta Fair, kami dapat beli tiket dengan harga RM29 untuk setiap dewasa, dan RM24 untuk setiap kanak-kanak.

Sekian perkongsian dari kami. Semoga dapat beri sedikit gambaran untuk mommy/daddy yang nak ke Farm in the City, atau sedang tercari-cari tempat yang sesuai untuk bawa anak-anak (fun and educational) di hujung minggu.    Have fun!