KEMBARA ‘RADIANT TEDDY’ BERSAMA AZEEM - Rangsang Kebolehan Bertutur

KEMBARA ‘RADIANT TEDDY’ BERSAMA AZEEM - Rangsang Kebolehan Bertutur

Perkembangan Bahasa

Perkembangan kanak-kanak adalah perubahan bertahap yang berlaku terhadap seseorang individu sejak lahir, sehingga dewasa. Proses ini bermula daripada kebergantungan sepenuhnya kepada orang dewasa, sehinggalah mampu untuk berdikari dengan sendiri.

Saya teringat kata-kata Yasmin Mogahed di dalam salah satu ceramah yang pernah saya hadiri, "Human beings are complex creatures." Ya, memang betul. Makanya, perkembangan seseorang individu itu bukan sahaja tertumpu kepada satu aspek, seperti daya fikir sahaja. Tetapi, ia merangkumi aspek yang lebih menyeluruh - perkembangan fizikal, emosi, pemikiran, dan juga bahasa.

Kali ini, saya nak kongsikan sedikit tentang perkembangan bahasa.    Bila sebut tentang bahasa, mungkin ada yang kaitkan dengan pembelajaran bahasa di sekolah - iaitu anak-anak kena pandai membaca, menjawab soalan pemahaman, dan menulis karangan! 

Hehehe.. Betul lah tu. Memang itu berkait dengan bahasa juga. Tetapi, secara asasnya, sebelum seseorang kanak-kanak mampu untuk menguasai kemahiran bahasa di tahap yang lebih tinggi seperti membaca, mentafsir, memahami, menulis, dan sebagainya, dia perlu berkebolehan untuk menguasai kemahiran asas bahasa, iaitu - bertutur. 

"When we speak of oral language development, we are referring to children's emerging ability to speak listen. By the time most children arrive at elementary school, their oral language is strong - they are able to understand and communicate basic ideas and feelings clearly. However, some students, like Justin, come to school with delays - delays that could lead to problems in reading and writing later." Cooper, Chard dan Kiger di dalam buku mereka, The Struggling Readers: Interventions That Work.

Ya! Sejak daripada bayi, kanak-kanak perlukan satu suasana yang kaya dengan literasi dan bahasa - dia perlu dengar dan diberi peluang untuk bercakap supaya dia dapat berkomunikasi dengan individu lain, dan belajar menyampaikan idea serta perasaan dengan mudah. Ini dapat 'mempersiapkan' kanak-kanak tersebut bukan sahaja untuk keperluan akademik, tetapi untuk menjadi individu yang bijak berkomunikasi.

Bagaimana Nak Bantu Tingkatkan Kebolehan Bertutur?

Sudah pasti ada banyaaakkk caranya.    Kali ni saya nak kongsikan satu aktiviti yang menarik, yang boleh dilakukan oleh guru-guru taska atau tadika untuk bantu tingkatkan kebolehan bertutur pelajar-pelajar dalam kelas.

Ini sebenarnya cerita 5 tahun lepas, hehehe... Masa tu anak saya belajar di sebuah sekolah antarabangsa di Dubai. Ramai juga 'English Language Learners, ELL' (iaitu pelajar tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan di rumah/bahasa pertama) dalam kelas tersebut, termasuklah anak saya. Oleh kerana mereka menggunakan 100% Bahasa Inggeris sebagai 'mode of instruction' di dalam kelas, maka, saya lihat guru buat pelbagai usaha untuk bantu ELL kuasai Bahasa Inggeris. Kerana mereka tahu, sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat menguasai kemahiran asas bahasa seperti kosa kata (vocabulary) yang mencukupi, mereka akan mengalami kesukaran untuk membaca dengan lancar, memahami teks, menulis karangan, dan sebagainya kelak.    Ini dikenali sebagai 'Matthew effect' - the rich gets richer, the poor gets poorer. Nanti kita sembang pasal ni di artikel lain ya. 

Moh kita tengok macam mana guru tersebut buat satu aktiviti untuk bantu tingkatkan kemahiran bertutur kanak-kanak secara seronok!   

Meet Radiant Teddy

Mar 12, 2014

Minggu lepas, sejurus je sampai rumah dari sekolah, dengan penuh semangat Azeem tunjukkan pada saya satu teddy.

Teddy apa pulak ni? Azeem kata, “Mama, this is Radiant Teddy. I have to take care of him.”

Katanya, cikgu dia beri teddy tu pada dia. Ada satu jurnal yang diberi bersama-sama teddy tersebut. Di muka hadapan, cikgu beri penjelasan apa yang perlu kami buat dengan teddy itu:

2014-03-08 21.37.28

Ooo sangat comel rasanya bila cikgu dia buat macam ni. Setiap minggu, rupanya Radiant Teddy ‘mengembara’ ke rumah kanak-kanak di dalam kelas tersebut, mengikut giliran. Cool!

Dan yang lebih cool, pelajar tersebut akan diberi peluang untuk ceritakan pengalaman bersama teddy di hujung minggu, di hadapan kawan-kawan dan guru semasa circle time. Saya rasa cara ni bagus untuk meningkat keyakinan diri kanak-kanak untuk menggunakan perkataan-perkataan mereka sendiri bagi menceritakan kembali pengalaman mereka. Bukan senang sebenarnya…

2014-03-08 21.39.23

Ni jurnal yang cikgu dia beri. Jurnal tu dah hampir separuh penuh dengan ‘pengembaraan’ terdahulu teddy bersama kawan-kawan Azeem. Masha Allah, comel sangat tengok setiap pengalaman teddy tu! Macam dalam buku cerita pulak.  Dan yang best ialah Azeem dengan semangat bercerita tentang kawan-kawan dia! (Alhamdulillah, satu perkembangan yang memberangsangkan sebab pada awal tahun, Azeem sangat malu dan ambil masa nak berkawan).

20140308_200640

20140308_200650

Gambar sengaja di ‘blur’kan untuk menghormati privasi kawan Azeem.

OK, sekarang giliran Azeem pulak ‘entertain‘ kawan barunya!  Jemput baca pengalaman Azeem bersama Radiant Teddy di hujung minggu.. Malaysian way!  *font telah ditukar daripada hasil tulisan asal supaya boleh dibaca di dalam blog.*

Radiant Teddy 1

RT2 RT3 RT4 RT5 RT6 RT7 RT8

Dan untuk muka surat terakhir, kena lah ada ‘signature‘ Azeem sebab dia dengan gigih menjaga teddy sepanjang 2 hari setengah! Mama tolong amek gambar je 

Radiant Teddy Last Page

Apabila minggu baru bermula, Azeem bawa dan pulangkan semula Radiant Teddy dan jurnal tersebut kepada cikgu dia. Dan pada hari yang sama, Azeem dijemput untuk ceritakan semula pengalaman dia bersama teddy.

Makan sate

Merasa lah teddy ‘makan’ sate! Pisang goreng pun ada sebelah tu…  

 Dan feedback cikgu kepada saya ialah…

He struggled with his retell to me today. Please continue to practice with him at home.”.. “With practice he will be able to retell independently.” Hihihi. Comel. Good job and good try Azeem!  Moh lepas ni praktis bercerita banyak-banyak ye..

Teddy and Azeem

Satu pengalaman baru untuk saya. Bagus jugak untuk dijadikan aktiviti ibu/bapa bersama anak. Kepada guru-guru tadika, atau pemilik-pemilik tadika, mungkin boleh juga cuba aktiviti ni. Saya lihat aktiviti ini dapat membantu kanak-kanak untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa, memupuk kasih-sayang, memupuk keberanian untuk bercakap dan bersuara serta sebagai latihan untuk anak-anak berfikir sebelum bercakap. Dan sangat mengujakan bila kita lihat ‘pengembaraan’ teddy tersebut bersama palajar-pelajar daripada awal tahun! 

Cadangan

Seronok kan mommies dan cikgu2? Kalau cikgu nak lagi seronok, mungkin cikgu boleh gunakan Zaky Talking and Singing Plush Toy untuk dikongsikan dengan pelajar-pelajar. Kanak-kanak selalu teruja dengan bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh Zaky. Yang menariknya, Zaky boleh ajak anak-anak bercakap! :) 

Zaky Interacts.png

Boleh lihat bagaimana Zaky ajar kanak-kanak bertutur secara berhemah, DISINI :) 

Anak saya yang keempat pun 'excited' sangat nak bawa Zaky untuk Show and Tell di sekolahnya, baru-baru ini. :)

Zaky Retell.png

Aktiviti Sebegini Boleh Buat Kat Sekolah Je Ke? Kat Rumah Tak Sesuai?

Oh, sudah pastilah sesuai! Boleh sangat kalau ibu-ibu nak buat di rumah dengan anak-anak - lebih mesra dan mudah untuk anak berkongsi. Ibu-ibu boleh juga tukar dengan permainan yang lain seperti kereta mainan, lego, nerf gun (hahaha), atau apa-apa sahaja yang anak-anak suka. Mungkin boleh minta setiap anak jaga dan bawa ke mana-mana permainan tersebut untuk 3 hari, ambil gambar, dan rekod sendiri di dalam jurnal. Kemudian kongsikan semasa 'family meeting'.   Kalau nak lebih seronok, boleh cadangkan mereka untuk rakam video dan upload di Youtube! Ha, macam-macam boleh buat! Mommies boleh ubahsuai aktiviti ni ikut kreativiti, ya. Oh, kongsilah sekali dengan kami tau!   

Kepada mommies yang homeschool anak-anak, saya rasa aktiviti sebegini menarik untuk jadikan aktiviti mingguan bersama kawan-kawan! Bolehlah nanti simpan rekod mereka sekumpulan. Satu pengalaman manis yang akan diingati selalu, in sha Allah.   

Selamat mencuba!! 

Zaky Talking and Singing Plush Toy.jpg

Note: This is Azeem.. 5 years later...