Assalamualaikum wbt mommies! Ini adalah tulisan saya 6 tahun lepas, semasa anak-anak masih kecil, di Dubai. Saya kongsi semula - mungkin dapat beri idea kepada usahawan di Malaysia untuk buat kedai sebegini kan? Atau, sekiranya mommies nak melawat Dubai, dan mencari sesuatu yang seronok untuk anak-anak, bolehlah berkunjung ke kedai ni (unpaid review tau ni, saya berkongsi pengalaman je. ).
September 2013 (tarikh tak ingat dah )
Alhamdulillah, pada 6 hb September 2013 yang lalu, Azeem genap 4 tahun. Beberapa hari sebelum hari lahir Azeem, saya terlihat sebuah rancangan tv yang memaparkan cerita tentang –> Build a Bear Workshop.
Kedai ‘Build-A-Bear Workshop‘ ada di negara Kuwait, Bahrain, United Arab Emirates dan Oman.
Ia adalah sebuah kedai, di mana kanak-kanak boleh buat sendiri ‘soft toy‘ pilihan mereka. Menarik! So I thought, “What if I give him this chance on his birthday?” Maka, pada hari lahir Azeem, kami sekeluarga ke The Dubai Mall (salah satu daripada 3 outlet Build-A-Bear yang ada di UAE).
Kedai ini terletak di tingkat 2, The Dubai Mall.
Ready for Fun!
Yeaayy, get ready for fun, son! Saya tertarik dengan konsep kedai ini. Pada asasnya, ia adalah sama seperti kedai menjual soft toys yang lain, tetapi mereka gunakan strategi yang lebih unik iaitu – custom made bears by kids. Satu strategi yang mampu buat kanak-kanak tertarik, kerana salah satu perkara yang kanak-kanak sangat ‘dambakan’ ialah ‘I want to do things myself!’ Giving kids the opportunity to ‘do things themselves’ boosts their self-esteem – they believe they are capable, not weak and too dependent. Maka sudah pastinya anak-anak akan tersenyum lebar bila mereka keluar dari kedai. *Oppss.. Don’t get me wrong. Bukan bermakna saya syorkan pergi kedai ni untuk ‘buat sendiri’. Selalunya, aktiviti yang ‘free‘ adalah jauh lebih bagus. Ini saja je nak bawa anak seronok-seronok. Hihihi.*
Masuk je kedai, Azeem pun semangat! Sebab dia tengok juga rancangan tu bersama saya. Tetapi saya blur sebab tak tahu nak mula dari mana! Hehehe. Dan Alhamdulillah, ada seorang pekerja yang terangkan kepada saya ‘apa yang perlu kami buat’. Rupanya kedai memang disusun mengikut langkah demi langkah. Dan setiap langkah adalah mudah untuk dilakukan oleh kanak-kanak sendiri. Di samping itu, ada seorang pekerja yang membantu setiap pelanggan daripada awal ke akhir untuk memudahkan proses. Indeed, a well planned shop! Thumbs up for the good service!
Jom tengok macam mana Azeem buat bear dia.
STEP 1: CHOOSE ME
Langkah pertama – Pilih ‘kulit’ bear. Atau mungkin lagi sesuai kalau saya kata ‘pilih bulu’ bear. Hihihi. Mereka ada banyak jenis bearyang boleh dipilih. Dan sebenarnya bukan bear sahaja, ada monyet, rabbit, smurf, dan banyak lagi. Ponies daripada cerita My Little Pony pon ada – Twilight Sparkle and Rainbow Dash!
Aleeyah cadangkan Azeem ambil rabbit. But Azeem said ‘NO’. Hihihi. Dia pilih smurf!
STEP 2: HEAR ME
Mereka juga beri pilihan untuk kita masukkan lagu, atau rekod sendiri suara. Maka, saya beri peluang kepada Azeem untuk rekod suara dia, untuk masukkan dalam smurf. MasyaAllah, sangat malu anak bujang ni. Bila mama nak rekod, dia tak nak bersuara. Last-lastmintak tolong abah, Alhamdulillah dapat jugak rekod dia menyanyi ‘la, la, la’ (lagu smurf versi Azeem).
La, la, lalala, lalala
STEP 3: STUFF ME
Next is of course to ‘stuff’ the smurf! Mereka ada satu machine yang penuh the ‘stuff‘ material. Kanak-kanak perlu pijak satu ‘pedal‘ supaya mesin mula berfungsi. Azeem sedikit malu hari tu. Maka ‘abang’ kedai tolong Azeem.
The machine
Stuffing the smurf!
Sebelum mereka masukkan stuff material, mereka masukkan ‘suara’ yang telah direkod tadi dan letakkan di bahagian tangan. Senang untuk kanak-kanak picit kot. And hey! The smurf needs a heart too! Azeem masukkan ‘seketul’ heart dalam smurf dia.
Dan seperti biasa, Aqeel nak jugak ambil bahagian. Dia ambil lagi 2 hearts! Maka smurf ada 3 hearts!
STEP 4: BATH ME*
*Saya lupa the exact word. Tempat ini adalah untuk kanak-kanak bersihkan soft toy selepas di’stuff‘.
Time for a bath! Azeem bersihkan smurf dia. Saluran di bahagian atas tu adalah ‘angin’ untuk bersihkan bulu soft toys. Masa Azeem buat, ‘angin’ rosak. Jadi, berus je lah!
STEP 5: DRESS ME!
Ni step yang Azeem paling suka! Rambang mata la dia nak pilih baju yang mana. Pastu pandai pulak kedai ni main ’emosi’ kanak-kanak lelaki, dengan pamerkan segala ‘superhero‘ dalam kedai!
Ada banyak jenis baju kat kedai ni. Daripada baju yang simple kepada yang glamer. Dan ada juga baju untuk watak-watak filem kanak-kanak. Dan pastinya koleksi superhero mesti ada!
Baju idaman lelaki Malaya!
Apa Azeem pilih? Jeng jeng jeng. Sebelum tu, pakai underpants duluuuuu! Hihihi.
And finally, he chose the smurf to be a PIRATE!
Pirate!
Pakaikan baju pirate!
Boleh pilih kasut juga. Azeem struggle nak pakaikan kasut kat pirate. Nak tolong tak kasi. Last-last mama jugak kena tolong!
STEP 6: NAME ME!
Sangat comel sebab smurf ni juga diberikan nama beserta dengan Sijil Kelahiran! Senang aje nak daftar. Tulis nama smurf, dan nama Azeem.
Teruja nak buat sendiri.
Pirate setia menunggu..
And Azeem named his smurf – CAPTAIN HOOK. Siap dengan berat, tinggi bagai!
Here is your present, son!
Yeeaaayyy! Alhamdulillah Azeem dapat hadiah birthday dia – CAPTAIN HOOK! Mereka masukkan Captain Hook dalam rumah comel. Overall, I am happy with their service, in handling small children to make their own bears. Staf pun peramah semuanya, dari pelbagai negara!
Happy!
Azeem with his Captain Hook
What about the other two?
Ha, anak saya kan ada 3 (2019: masa ni ada 3, sekarang dah 4. Hehehe). Kalau sorang je dapat, tak adil. Maka untuk birthday Aqeel, dia dapat juga. Dan Aleeyah dapat advanced present, untuk join special party yang mereka ada kat kedai – My Little Pony Party! Untuk ‘once in the blue moon‘ boleh lah buat aktiviti macam ni. Saja nak cuba sebab tak pernah buat sesuatu macam ni. Just to let the kids to have fun!
Seperti dijangka, Aqeel pilih Superman! Dan dia beri nama ‘BEBEN’ (Dia tak dapat sebut Superman. Hihihi)
And like a ‘dream comes true’ for Aleeyah. Dia dapat Rainbow Dash dia
In case you are visiting Dubai, and looking for a ‘souvenir’ to remind the kids about their shopping experience (hihihi), you may consider visiting this shop – Build a Bear Workshop in The Dubai Mall And they can build their own bear!
Jazakumullahukhairan