CLEAN UP AFTER YOU PLAY, SWEETIES!

CLEAN UP AFTER YOU PLAY, SWEETIES!

Assalamualaikum Mothers! 

Alhamdulillah Allah kurniakan kita semua kesihatan, dan kebahagian untuk teruskan hidup di bumi Allah ini, dan menjalankan tanggungjawab kita masing2 :). Alhamdulillah, satu nikmat daripada Allah yang tidak terhingga! 

Hari ini saya ingin kongsi tentang – CLEAN UP 

sweeping.jpg

Sebagai ibu yang mempunyai anak2 kecil, saya dapat gambarkan perasaan ibu2 lain yang rasa hendak tarik rambut (hehehe, ekspresi poyo :P) apabila sepanjang hari tidak putus mengemas barang permainan anak2! Oleh itu, ingin saya kongsikan sedikit pengalaman saya, yang mungkin dapat memberi sedikit idea kepada ibu2 yang sedang tercari2 jalan atau kaedah untuk mengurangkan ‘frekuensi’ mengemas ini. 

stressed-out.jpg

Dulu, (lebih kurang 2 tahun lepas) saya simpan barang mainan di dalam kotak atau di atas almari, supaya anak2 cuma boleh main apabila saya atau bibik saya (pada masa itu) keluarkan barang2 mainan tersebut. Sebab rasa tak sanggup untuk kemas kembali lepas mereka teraburkan mainan dan tinggal sahaja di mana2 mereka suka! Dan saya cuma benarkan anak2 main apabila saya tidak penat, sebab apabila sangat penat, memang menguji kesabaran apabila tengok barang bersepah-sepah! 

messy-toys.jpeg

Gambar dari internet

Kepentingan Anak2 Bermain

Sebenarnya, bermain adalah SANGAT PENTING untuk perkembangan kanak2. Semoga di masa hadapan saya dapat kongsi sedikit tentang kepentingan bermain dan betapa ia bagus untuk perkembangan otak, fizikal, komunikasi, bahasa, sosial, dan banyak lagi! InsyaAllah, jika Allah izin.

role-play-at-home.jpg

Secara kasarnya, bermain membantu kanak-kanak untuk:

1. Membina keyakinan diri dan belajar mengenal dunia dan sekeliling.

2. Membina hubungan yang akrab dengan keluarga, penjaga dan kawan2.

3. Sebagai ‘terapi’ untuk kanak2.

Sesetengah permainan adalah merupakan ‘brain building activities‘ yang dapat merangsang neurons (dalam otak) untuk berhubung lebih banyak, yang mana akan menjadikan otak lebih kuat, laju, lebih berkesan dan seterusnya menjadikan anak2 tersebut bijak. InsyaAllah, dengan izin Allah. SubhanAllah, sebenarnya, lebih banyak faedah yang kanak2 perolehi secara bermain daripada duduk di atas meja membaca buku dan menulis!

the-engineer.jpg

Permainan yang tepat dapat ‘melatih’ otak untuk mempunyai kebolehan:

BAGAIMANA BERFIKIR bukan apa yang difikir!

MAKA, adalah tidak wajar untuk saya halang atau ‘limit‘kan pilihan anak2 untuk bermain. Salah satu ciri2 ‘a successful play‘ atau permainan yang memberi faedah kepada kanak2 ialah -> Kanak2 boleh bermain dengan bebas dan mempunyai ‘kuasa’ untuk membuat keputusan semasa bermain. 

Sebanyak mana saya mahu mereka bebas dalam bermain, sebanyak itu juga saya mahu rumah tidak nampak seperti kapal pecah.  Jadi sebelum ini saya tercari2 cara supaya anak2 boleh menguruskan sendiri barang permainan mereka, tanpa campur tangan yang banyak dari pihak saya.

Apa yang Saya Perhatikan..

Semasa Aleeyah dan Azeem kecil, saya pernah hantar mereka ke kelas ‘Play Gym‘ di Gymboree, di Bangsar Village. Saya perhatikan setiap kali selepas sesi ‘explore the toys‘, ‘instructor‘ menyanyi lagu,

Clean up, clean up everybody cleans up..”

Dan mereka tunjukkan, serta ajak setiap kanak2 untuk kemas bersama-sama mereka. Semua mainan mesti dimasukkan kembali ke dalam kotak, dan semua kanak2 melakukan proses itu dengan gembira 

Saya masih ingat lagi pada beberapa kelas yang awal, masa itu umur Aleeyah lebih kurang 2 tahun tak silap saya (minta maaf, saya kurang ingat usia dia pada ketika itu), dia tidak mahu masukkan permainn kembali dan cuma pegang mainan tersebut dan menangis2. Kemudian, apa yang dilakukan oleh ‘instructor‘ itu ialah dia cuma biarkan, dan tidak bercakap dengan Aleeyah. Dia senyap dan tidak cakap apabila Aleeyah cakap dengan dia. Hahaha. Memang nampak kejam sedikit, tetapi selepas itu perlahan2 Aleeyah pasti kemas bersama-sama kawan2 yang lain. Saya nampak ‘instructor‘ tersebut buat perkara yang sama kepada setiap kanak2 yang baru belajar mengemas.

Saya juga dulu sering baca artikel2 dan kurikulum2 pendidikan awal kanak2 di negara2 Eropah dan Amerika Syarikat, di mana aktiviti ‘clean up‘ memang ada dimasukkan dalam aktiviti2 di kelas, supaya dapat mendidik kanak2 untuk pandai mengemas dari awal usia! Makanya, memang ia BOLEH DILAKUKAN! Jadi saya kena BERUSAHA! 

yes-you-can_2.jpg

Cubaan Pertama

Selepas saya perhatikan di kelas itu, saya perlahan2 ajar Aleeyah dan kemudian Azeem untuk turut serta kemas  kembali permainan selepas bermain untuk dimasukkan ke dalam kotak. Tetapi saya masih letakkan di dalam kotak, dan ada permainan tertentu yang mereka suka hilangkan seperti ‘puzzles’ dan lego, saya letakkan di atas almari.

Tetapi kami (saya dan bibik) masih perlu banyak mengemas dan agak sukar mencari mainan tertentu kerana semua di campurkan dalam kotak.

Kelemahan saya yang saya nampak dengan cara ini ialah:

  • Sukar untuk anak2 mencari permainan yang hendak mereka main kerana semua dimasukkan dalam kotak-kotak secara rawak.
  • Saya terlupa kewujudan beberapa permainan tertentu dan menyebabkan permainan itu terbiar sahaja seperti ‘tukun’. 
  • Rumah agak berselerak.
  • Kami terpaksa mengemas kembali dengan kerap supaya dapat mengumpul kembali permainan tertentu.
  • Banyak permainan yang hilang, terutama yang mempunyai komponen-komponen berasingan. Apabila sudah tidak lengkap, maka selalunya permainan tersebut dibuang sahaja, apabila sudah tidak dapat dimain lagi  Rugi sangat kan?

Upgraded System‘ 

Bila saya perhatikan kelemahan dalam ‘sistem’ pertama yang saya lakukan, saya   ‘upgrade‘ lagi sistem organisasi dan saya terus perlahan2 ‘upgrade‘ sistem mengikut perkembangan usia anak2 dan permainan yang mereka ada.  Sistem ini bukanlah sempurna, kerana saya juga bukanlah ibu yang ‘tip top’ dalam bab mengemas.. Hehehe 

Tetapi, Alhamdulillah dengan sistem yang baru ini, saya tak perlulah hendak mengemas setiap saat! Dan Alhamdulillah, anak2 sudah boleh sedikit sebanyak mempunyai skil mengemas dan mengurus permainan mereka dengan sendiri tanpa perlu memerlukan campur tangan yang banyak dari saya.

Alhamdulillah Aleeyah (5) sudah boleh mengemas sendiri. Azeem (3) hampir 80% boleh  Kenapa 80%? Kerana ada masa2 tertentu dia buat tak tahu  Dan Aqeel (1), heheheh, belum lagi. Memunggah lah hobi dia 

Maka, memang DO-ABLE atau BOLEH dilakukan!

yes_you_can.png

Sistem Housekeeping Oleh Anak2

Ok, inilah sistem yang saya guna, yang telah di’upgrade‘ beberapa kali dalam masa 2 tahun ini. Saya masih lagi terus melatih mereka dan diri sendiri supaya kami dapat bekerjasama. Semoga Allah permudahkan 

Setakat ini, saya masih suka sistem ‘storage‘ IKEA yang saya rasa sangat berkesan dan mesra kanak2. Berikut adalah step2 yang saya buat. Ibu2 lain boleh tambah dan tukar apa2 yang perlu mengikut anak masing2 ye. 

1. Sediakan Ruang/Tempat. Saya sediakan ruang dan tempat untuk letakkan barang2 mainan mereka. Khas untuk mainan maka tidak bercampur aduk dengan barang2 lain di rumah. Kami tidak ada bilik khas untuk ‘play room‘. Ini adalah juga bilik tidur mereka. Dulu saya ‘takut’ hendak letakkan barang permainan di bilik tidur kerana ‘takut’ mereka asyik main, tidak tidur2. Tetapi, Alhamdulillah sekarang sudah OK. Mereka tahu waktu bermain dan waktu tidur.

storage

2. Boleh Dicapai dan Diuruskan Sendiri oleh Anak2. Saya mahu anak2 main pada bila2 masa mereka mahu (selagi bukan pada waktu solat, tidur atau makan) dan pilih apa sahaja permainan yang mereka mahu main. Maka, semua permainan perlu boleh diambil oleh mereka sendiri, dan boleh dikemas sendiri, tanpa perlukan bantuan saya. Itu sebab saya suka sistem IKEA ini kerana ketinggian rak ini adalah sesuai dengan ketinggian kanak2 dan ‘design‘nya memudahkan kanak2 untuk uruskan sendiri permainan mereka.

3. Sistematik. Perlahan2 saya ‘upgrade” sistem simpanan untuk jadi lebih sistematik. Saya belajar dari mereka – saya lihat cara mereka bermain dan sistem bagaimana yang mereka selesa untuk ikut. Jadi senang, tidak perlu dipaksa sangat. Dan semasa ‘upgrade‘ sistem ini, mereka turut tolong saya, jadi kami bersama2 ‘brainstorm‘ (cara budak2 lah ye, bukan cara orang dewasa dalam meeting :)) bagaimana hendak uruskan barang permainan ini.

  • Kategori. Kami susun ikut kategori permainan

category.jpg

  • Label. Aleeyah beritahu saya, di sekolahnya cikgu dia label semua barang2. Dan dia kata, untuk budak2 macam Azeem (hehehe, dia rasa dia dah besar :P), kita perlu lukis supaya Azeem boleh tahu. Jadi saya ikut cadangan dia. Dulu saya tidak label dan memang Azeem letak barang ikut suka hati dia  Alhamdulillah selepas dilabel, Azeem ikut label tersebut.

label.jpg

Sebahagian label Aleeyah lukis sendiri  Aleeyah yang ajar saya 

4. Mudah Dibersihkan dan Tahan. Saya suka ‘material‘ rak ini. Ia boleh dilap dan dibasuh.

5. Selamat. Sudah pasti kita mahu yang selamat untuk anak2!  Hujung kotak tidak tajam. Selain itu, ada bahagian atas yang tidak boleh dicapai oleh kanak2 kecil atau bayi seperti Aqeel (1). Jadi, saya boleh letak barang2 bersaiz kecil.

small-items.jpg

6. TrainingHaa!! Inilah bahagian yang paling mencabar sebenarnya! Awal2 memang tidak menjadi kerana mereka masukkan sahaja apa yang mereka mahu (ini terjadi kepada saya apabila saya baru mulakan, lebih kurang 2 tahun lepas). Tetapi saya kena bersabar dan terus tunjukkan kepada mereka di mana perlu diletakkan setiap permainan. SYARAT PENTING! Pada awal2nya memang saya rasa hendak kemas sendiri semula setiap kali anak2 salah masukkan barang permainan. Tetapi itu adalah tidak betul, kerana saya hendak mendidik mereka. Maka, adalah perlu mereka sendiri yang masukkan permainan tersebut, dengan tunjuk ajar daripada saya dan bibik (pada ketika itu), dalam keadaan gembira..Menyanyi nyanyi gitu. 

InsyaAllah, dalam masa 2 minggu ke sebulan, anak2 sudah boleh mengikut sistem tersebut. Perlahan2. Seperti yang saya katakan sebelum ini, adalah lebih baik untuk masukkan anak2 dalam sesi membuat keputusan, kerana secara automatik mereka akan ikut sistem tersebut. 

inside.jpg

6. Konsisten. Yaaa! Ini juga penting. Saya perlu konsisten dalam mendidik mereka mengemas. Saya juga perlu kemas. Hahaha! (saya pon baru belajar menjadi surirumah yang rajin dan solehah. Heheh..)

7. Review. Seperti projek di tempat kerja, sistem ini juga perlu di’review‘ sentiasa. Apabila sudah agak ‘slow‘ keberkesanannya, saya kena ‘recharge‘ semula anak2.  Saya kena lihat apa yang perlu di’re-train‘ atau di’upgrade‘. Ha, seronok sebenarnya jadi ibu ni! Mcm jadi project manager

Beginilah rupanya setiap kali anak2 main. Mereka akan keluarkan setiap kotak yang mengandungi permainan yang mereka mahu main. Selepas main, mereka sendiri akan masukkan kembali ke dalam rak. Memang boleh dikatakan saya hampir tidak pantau langsung. Jadi saya boleh lakukan benda lain seperti memasak dan mengemas (ya, rumah masih bersepah ya. Mr Aqeel suka ‘mengemas’ semua bahagian rumah :)). Selepas selesai, baru saya ‘join‘ mereka.

main

Semasa main, suka hatilah nak masuk dalam kotak ke, atau apa sahaja anak2ku 

Alhamdulillah, betullah anak2 ini memang boleh diajar skil mengemas sejak awal usia, seperti yang ada dalam sistem pendidikan di Barat. Saya tidak boleh lah kata anak2 saya sempurna dari segi mengemas ini, kerana saya sendiri bukan sempurna  Saya masih perlu mengemas, tetapi Alhamdulillah, frekuensi mengemas tu dapat dikurangkan, dan masa dapat digunakan lebih banyak untuk bermain dengan anak2 daripada mengemas rumah.

Semoga dapat memberi idea kepada ibu2 yang lain, dan saya juga mengalu2kan idea2 daripada ibu2 lain untuk saya pelajari.  Semoga Allah permudahkan urusan kita semua sebagai ibu. SubhanAllah! Segala yang baik dari Allah, segala yang lemah adalah daripada saya. May Allah grant you with happiness!