Saya pernah baca sebuah buku, dan saya akui lah amat benar kenyataan ini,
“I am a perfect parent until I am a parent myself!”
Yes, it is so true! Sebelum saya menjadi ibu, saya ingat menjadi seorang ibu itu mudah. Saya fikir sekiranya saya sebagai seorang wanita, pada ketika itu (sebelum mempunyai anak) boleh bekerja menjadi jurutera dan membuat kerja2 seperti seorang lelaki, saya yakin membesarkan anak2 adalah lebih mudah daripada itu!
SubhanaAllah…Betapa silapnya saya! Sekarang saya sedar untuk menjadi ibu, saya perlu lengkapkan diri saya dengan ilmu yang banyak. Bukan sahaja ilmu yang anak2 pelajari di sekolah, tetapi yang penting ilmu agama untuk mendidik anak2 dan juga ilmu ‘soft skill’ dan psikologi yang sangat banyak membantu dalam mengawal dan mendisiplinkan anak2.
Satu topik yang saya hendak tulis hari ini berkenaan dengan anak mengamuk! Saya rasa semua ibubapa yang membesarkan anak2 pernah mengalami keadaan ini. Secara jujur, bila anak mengamuk, suasana itu bukanlah menyeronokkan. Dan sekiranya kita kurang sabar dan tidak memahami situasi sebenar, kita sendiri boleh mengamuk dan dikhuatiri boleh menyakiti anak2 kita sendiri, samada secara fizikal atau emosi (dengan kata2 kita yang dikeluarkan dalam keadaan yang marah).
Semalam, saya baru sahaja menghadapi suasana anak mengamuk Di depan ramai orang.
Ini Aleeyah, berumur 5 tahun. Semalam Aleeyah mengamuk di sekolah sebab saya ambil dia awal dari sekolah Dia mahu teruskan belajar. Kelakar pon ada sebab selalunya budak tidak mahu ke sekolah, tapi Aleeyah menangis sebab tak nak balik!
Sedikit cerita di sebalik ‘drama’
Sebenarnya semalam adalah hari terakhir Aleeyah di sekolah, sebelum bercuti musim sejuk selama lebih kurang 2 minggu. Semalam juga, mereka ada ‘party’ di sekolah bertemakan ‘pyjama party’, di mana semua pelajar dan guru2 di Foundation Stage 2 pakai baju tido ke sekolah! (what a fun party!) Setiap pelajar pula disarankan bawa satu teddy bear/soft toy sempena party tersebut. Aleeyah pilih nak bawa rabbit ni
Sebenarnya Aleeyah juga telah lama bercuti kerana kami pulang selama 2 minggu di Malaysia. Apabila sampai di sini, Aleeyah pula kena ‘asthma attack‘. Dr telah menasihatkan Aleeyah untuk tidak ke sekolah, kerana dia perlukan ‘nebulization‘ setiap 6 jam.
Aleeyah sangat suka ke sekolah (saya sgt tertarik untuk belajar apa yang dibuat di sekolahnya sehinggakan Aleeyah sangat suka hendak ke sekolah), dan dia menangis apabila Dr beritahu dia perlu berehat di rumah selama seminggu.
Saya kasihan kerana dia mahu ke sekolah, dan mahu bermain dengan kawan2 nya, dan mahu sertai ‘party’ bersama kawan2, maka saya bawa Aleeyah ke sekolah pada hari terakhir tersebut. Tetapi saya beritahu gurunya bahawa saya akan jemput dia lebih awal, iaitu pada pukul 10.30 pagi berbanding waktu pulang sebenar pukul 12.50 tengahari. Pagi tersebut Aleeyah sangat bersemangat ke sekolah dengan baju tidurnya!
‘Drama’ pun bermula
Seperti yang telah dijanjikan dengan cikgu Aleeyah, saya jemput Aleeyah pada pukul 10.30 pagi. Pada mulanya dia OK sahaja dan gembira tunjukkan barang2 yang dia dapat dari kawan2. Kemudian saya mulakan perbualan (hijau saya, merah Aleeyah):
“How was your party Aleeyah? Did you enjoy it?”
Tiba-tiba Aleeyah mula buat muka sedih dan cakap dengan nada perlahan..
“Kenapa mama ambil Aleeyah awal? Aleeyah tak sempat pon nak main dengan rabbit…” dan dia mula menangis.
Pulak dah (dalam hati). “Tadi mama nampak Aleeyah main je.”
“Tak Aleeyah tak main! I can’t play with the rabbit!” dan dia mula duduk atas lantai dan menangis..
Aduhai….Kemudian, Aleeyah menangis semakin kuat di kawasan ‘reception‘ sekolah, sambil terduduk2 mengamuk. Saya terus terangkan pada dia yang dia perlukan ‘nebulization‘ pada pukul 12.00 tengahari dan saya risaukan keadaan dia. Dia tidak menghiraukan penjelasan saya walau sedikit pon dan dia katakan bahawa sepatutnya selepas ini mereka akan ada ‘picnic‘ bersama teddy bear. Tetapi disebabkan saya ambil dia terlalu awal, dia tidak dapat nak bermain bersama kawan2. Aleeyah sangat salahkan saya dan terus menangis dengan kuat!
Alhamdulillah, pada ketika itu saya tenang. Dan saya ingat pesanan sebuah buku (tak ingat nama buku), lebih kurang begini:
“Don’t assume or treat our children as young adults. Because they are not! The way they think is not like how we think. They are children”
Dan saya pernah membaca buku ini (tetapi saya belum habis baca lagi), yang mana banyak juga membantu untuk saya kawal anak2 tanpa perlu tengking atau herik mereka untuk mengikut apa yang saya cakap.
Antara isi kandungan buku ini yang saya sgt ingat:
Kita tidak boleh mengabaikan perasaan anak2 kita (kebanyakan ibubapa suka menganggap kanak2 boleh menerima penerangan logik, sepertimana yang orang dewasa fikirkan). Ini adalah tindakan yang sering ibubapa ambil (termasuk saya sebelum ini, dan masih juga buat! Sedang berusaha mengubah diri :))
Dan ini selalunya menyebabkan anak2 kita menangis dengan lebih kuat, dan kita juga jadi ‘hilang akal’ dan menjadi marah! Pada pandangan kita hal tersebut sangat remeh dan tidak perlu hendak menangis atau bersedih tentang perkara itu. Dan kita juga suka memberi cadangan dan saranan untuk memperbetulkan keadaan yang pada pendapat kita anak2 boleh terima dalam keadaan tersebut dan membuatkan mereka senyap!
Inilah kesilapan yang saya lakukan apabila saya terangkan pada Aleeyah kenapa saya perlu ambil dia lebih awal dan memang nampak ketara dia tidak terima langsung apa yang saya terangkan. Saya hanya membuatkan keadaan lebih teruk kerana dia menangis semakin kuat!
Maka, apa yang saya lakukan ialah – saya biarkan sekejap dia luahkan isi hati dia, apa yang menyebabkan dia marah. Kemudian saya cuma cakap,
“Oh, Aleeyah sedih ye..”
Dalam buku tersebut, saya terngiang2 yang dinasihatkan begini untuk ‘mengakui’ perasaan anak:
Tapi saya takde lah ikut bulat2 seperti ini. Pada keadaan itu, saya kena ada cara yang pantas dan berkesan untuk menghentikan tangisan yang menggangu orang sekeliling, dalam masa yang sama saya tidak mahu mendera ’emosi’ Aleeyah dengan kata2 yang tidak baik (saya sedaya upaya mendidik diri supaya cakap yang baik sahaja dan dengan cara yang baik tetapi tegas pada waktu2 tertentu, semoga saya konsisten). Saya juga tidak mahu seret sahaja Aleeyah yang mana saya tahu dia akan teruskan tangisan tersebut sehingga ke kereta dan sepanjang perjalanan. Oh no! Tidak sanggup!
Maka ini yang saya buat:
- Saya akui perasaan dia. Saya faham dia sangat sedih. Memang sangat sedih apabila kita tidak dapat buat apa yang kita inginkan.
- Saya beri dia pilihan (dengan tegas). Maksudnya saya berikan pilihan untuk dia pilih dan saya katakan saya akan ikut pilihan dia. Sekiranya saya biarkan, saya tahu Aleeyah tidak akan berhenti menangis. Maka, sebagai ibu, adakala kita perlu bertegas dalam keadaan yang berhemah supaya anak2 boleh dikawal.
Sila Pilih Anakku..
Alhamdulillah, semalam Allah beri peluang saya berada dalam keadaan tenang, dan dapat berfikir dengan jelas. Dan masih lagi boleh ambil gambar Aleeyah
Kemudian dengan nada yang tenang tetapi tegas saya katakan pada Aleeyah.
“OK. You have 2 choices. You can choose which one you want. First, you can follow mama and we go back now. Or, you can always go back to your class and join your friends. It’s OK. But I have to tell you that I won’t be here any more. I am going to pick up Azeem. You will have to take the bus. You choose.”
Aleeyah berhenti (tapi masih belum bergerak). Saya ulang semula pilihan-pilihan yang dia ada. Kemudian kerana saya mahu segera, saya katakan ini dengan nada tenang dan tegas,
“If you want to follow me, take your bag and we go. Or if you want to stay, I can send you back to your class.”
Aleeyah mula tarik beg dan ikut tanpa sepatah perkataan!! Yeeaaaayyy!!! Heheheheh..Saya senyum lebar (tapi kena cover).
Saya teringat dulu semasa saya bekerja dengan mat saleh, ada seorang bos yang pandai bermain dengan psikologi, yang boleh membuatkan kita melakukan arahannya, tanpa rasa terpaksa. Dan dia memang beri kebebasan untuk saya lakukan kerja saya mengikut apa yang saya fikirkan terbaik, asalkan objektif sebenar tercapai.
Saya suka dengan cara bekas bos saya itu, dan saya cuba untuk berikan kebebasan yang sama kepada anak2 untuk berfikir, tapi dalam masa yang sama mereka kena tahu ‘limit‘. May Allah guide me..
Dan dalam masa beberapa minit sahaja Aleeyah senyum kembali! Tengok ni, elok je dia senyum dalam kereta!
Aleeyah ceria semula seperti biasa! Sebelum jemput adiknya, Azeem, kami singgah di sebuah kedai, dan Aleeyah dengan gembira ambil gambar! Dia tak ingat langsung pasal rabbit tu sampai lah sekarang!
Keep Learning Aisyah!
Ya, memang untuk menjadi ibu, saya perlu sentiasa menimba ilmu. Saya tidak boleh ikut sahaja cara apa yang saya lihat dari turun temurun budaya Melayu. Saya seorang surirumah sekarang, dan saya percaya sebagai surirumah, saya perlu berilmu. Saya perlu belajar lebih banyak untuk mendidik anak2 saya. Kerana inilah tanggungjawab saya yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.
Beberapa kali dah saya cuba cara2 yang disarankan dalam buku tersebut, untuk mengawal dan mendisiplinkan anak2 tanpa perlu memukul, menjerit, atau memaki mereka. Dan memang berkesan, iaitu di mana anak2 dapat ditenangkan semula atau dapat menurut kata kita dengan rela.
Saya suka buku tersebut kerana cara penerangan yang praktikal dan ‘straight forward‘. Saya bukanlah seorang ahli psikologi yang akan menghafal semua teori. Tetapi saya seorang ibu yang hendak memahami anak2 saya, maka buku yang praktikal dan ringkas seperti itu sangat membantu.
SubhanAllah, sangat banyak lagi yang perlu saya pelajari. Saya bukanlah ibu yang ‘perfect’. Semoga Allah tunjukkan saya cara untuk mendidik anak2 dan berikan saya kesabaran dan ketenangan….
Dan semoga kita semua menjadi ibubapa berilmu dan dapat mendidik anak2 kita dengan gembira!