Vaksin: Dunia Pascapandemik
- Regular price
- RM 45.00
- Sale price
- RM 45.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Vaksin: Dunia Pascapandemik
Bolehkah manusia mendapatkan suntikan vaksin dan membangunkan antibodi yang dapat menghasilkan daya tahan yang lebih kuat dan kental dalam diri mereka? Bolehkah manusia menyesuaikan diri untuk hidup bersama Covid-19 dalam dunia endemik?
Selaras dengan analogi di atas, adakah remaja masa kini mempunyai Vaksin Daya Bingkas,Vaksin Semangat Kental, Vaksin Tumbesaran Minda, Vaksin Empati, Vaksin Inovasi dan apa jua “Vaksin” yang diperlukan untuk mengharungi dunia pascapandemik?
Bermula dengan jilid pertama iaitu Pandemik: Antologi Fiksyen Pendek yang memuatkan 16 cereka pendek dengan 84 halaman, Ungu Pen kini menyusuli dengan penerbitan jilid kedua iaitu Vaksin: Dunia Pascapandemik. Jilid kedua antologi, iaitu Vaksin: Dunia Pascapandemik ini memuatkan 14 cereka dengan 93 halaman. Selaras dengan metafora suntikan atau vaksinasi, Dos Pertama mengandungi cereka yang pendek dan padat, sekitar 200 hingga 400 patah perkataan. Suntikan Dos Kedua pula lebih panjang, antara 800 hingga 1200 patah perkataan. Walaupun kesemua cerita telah diolah bersesuaian untuk renungan remaja berusia 12 hingga 16 tahun, isu-isu yang diketengahkan boleh juga menyentuh kehidupan pembaca yang lebih dewasa.
Setiap cerita diakhiri dengan glosari dan soalan pencetus perbincangan untuk membawa pembaca remaja ke anjakan minda yang lebih luas.
Paperback
Pages :114
Demensi (cm): 14 x 21.5 x 0.3